Video Dakwa Bot Tak Berhenti Selamatkan Mangsa Lemas

Diterbitkan: Rabu, 24 Ogos 2016 4:16 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Video yang didakwa menunjukkan sebuah bot pelancong melintas tanpa memberi bantuan kepada mangsa lemas dalam tragedi bot karam pada Ahad lalu menjadi bualan terutama menerusi aplikasi WhatsApp, sehingga membangkitkan persoalan mengapa pekerja bot 'tutup mata' tanpa menyelamatkan mereka.

Video itu dikatakan diambil oleh seorang pelancong yang menaiki bot dengan berlatarkan bunyi beberapa pelancong bercakap dalam bahasa Cina dengan menyatakan 'selamatkan mereka!' semasa bot berkenaan melintasi lokasi kejadian berlakunya sebuah bot yang membawa 10 orang karam sehingga mengorbankan seorang guru besar dan seorang guru.

Sekumpulan pelancong ternyata bimbang dengan keadaan itu, dan kedengaran mereka bertanya antara satu sama lain mengapa bot tidak berhenti untuk memberikan bantuan apabila pekerja bot bertindak meneruskan perjalanan.

Menerusi video berdurasi dua minit dan 50 saat, seorang wanita turut dilihat menitiskan air mata manakala yang lain melihat kejadian dalam keadaan mencemaskan.

Video tersebut mencetuskan kemarahan ramai menerusi ruangan sembang di WhatsApp, dengan segelintir mereka mempersoalkan bagaimana seorang individu boleh tidak berperikemanusiaan dan berpaling semasa ramai yang sedang memerlukan bantuan.

Perkara itu ternyata mengejutkan memandangkan nelayan dan penduduk kampung sebelum ini antara yang segera tampil membantu menyelamatkan mangsa bot pelancong yang mengalami masalah di perairan di Pulau Mantanani membabitkan beberapa kejadian bot karam dan lemas sejak beberapa tahun.

"Saya tak tahu mengapa mereka langsung tidak kisah atau tidak segera memberikan bantuan kepada mangsa," kata salah seorang pengguna WhatsApp.

Pengarah APMM Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata, mereka dimaklumkan mengenai video tersebut dan sedang mendapatkan kesahihan video dan bot berkenaan.

"Kita tidak boleh mengesahkannya buat masa ini bahawa video itu diambil di lokasi berlakunya insiden baru-baru ini," katanya.

Beliau berkata, siasatan akan dilakukan terhadap video tersebut dan enggan mengulas lanjut sehingga terdapat pengesahan mengenainya.

Difahamkan, pengendali bot tersebut menyedari situasi di mana insiden berlaku mengorbankan dua nyawa guru, tetapi tidak dapat berpatah balik atau berhenti untuk membantu kerana tidak mahu membahayakan nyawa penumpang mereka.

The Star cuba untuk mendapatkan reaksi pengendali bot di Pulau Mantanani tetapi mereka enggan mengulas perkara tersebut.

Menurut beberapa pihak dalam industri pelancongan, pekerja bot diberikan arahan tegas supaya memastikan keselamatan pelancong mereka sepanjang masa, yang memungkinkan ia sebagai punca mengapa mereka tidak berhenti bagi memberikan bantuan kepada mangsa.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan