Wira, Wirawati Olimpik Terima Ganjaran Tambahan RM200,000

Diterbitkan: Rabu, 24 Ogos 2016 3:50 PM

Sambutan Kepulangan Wira Olimpik Negara

  • 1 of 7
  • w2

    Menteri Pegangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai bersama wira negara.

  • w3

    Datuk Lee Chong Wei sempat bergambar dengan peminatnya sejurus tiba di Kompleks Bunga Raya KLIA.

  • w4

    Skuad penyokong pasukan Malaysia antara yang menyambut kepulangan wira dan wirawati negara.

  • w5

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada sambutan kepulangan kumpulan terakhir kontinjen negara dari Sukan Olimpik Rio di Kompleks Bunga Raya.
Turut hadir isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor (kiri).
Pencapaian negara pada temasya empat tahun sekali ini adalah pencapaian terbaik apabila membawa pulang empat perak dan satu gangsa

  • w6

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada sambutan kepulangan kumpulan terakhir kontinjen negara dari Sukan Olimpik Rio di Kompleks Bunga Raya.

  • w7

    Datuk Lee Chong Wei dipeluk oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

  • w8

    Penyokong pasukan Malaysia antara yang menyambut kepulangan wira negara.

x
(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

PETALING JAYA: Semua atlet yang memenangi pingat pada Sukan Olimpik di Rio menerima ganjaran tambahan sebanyak RM200,000 sebagai tanda penghargaan kerana berjuang bagi mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Atlet yang memenangi pingat perak untuk negara adalah pasangan penerjun Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong, barisan pemain badminton yang terdiri daripada Datuk Lee Chong Wei; pasangan bergu campuran, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying serta bergu lelaki yang diwakili Goh V Shem dan Tan Wee Kiong.

Turut tersenarai untuk menerima ganjaran tambahan ini adalah pelumba basikal trek negara, Azizulhasni Awang yang merangkul pingat gangsa acara keirin.

Berita baik buat lapan atlet negara itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyambut ketibaan kontinjen negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang Rabu.

"Sebelum ini kerajaan telah putuskan setiap pemenang pingat perak mendapat RM300,000 dan hari ini tambahan RM200,000 akan diberikan, sekali gus menjadikan jumlahnya setengah juta.

"Begitu juga pemenang pingat gangsa juga menperoleh tambahan RM200,000 untuk Azizul," katanya ketika menyampaikan ucapan ringas pada majlis sambutan kepulangan wira dan wirawati negara itu.

Najib berkata, walaupun gagal membawa pulang pingat emas, semua atlet yang memenangi pingat pada temasya sukan itu adalah "hero" di mata rakyat Malaysia.

Bagi memberi suntikan untuk kemajuan sukan negara, beliau berkata, perbincangan dengan Menteri Belia dan Sukan serta Ketua Kontinjen negara ke Olimpik 2016, Tan Sri Al Amin Abdul Majid akan diadakan dalam masa terdekat.

Beliau juga menganggap kepulangan atlet Olimpik negara yang diberi sambutan wira dan wirawati itu sebagai hari teristimewa buat rakyat Malaysia.

"Mereka bagaikan rock star, mendapat sambutan hebat hari ini," katanya.

Najib juga memetik kata-kata pelari terpantas dunia, Usain Bolt yang menggambarkan kejayaannya sekarang dengan hanya satu perkataan iaitu dedikasi.

Sehubungan itu, kata Perdana Menteri, semua pihak termasuk jurulatih, persatuan sukan, kerajaan, sektor swasta dan rakyat Malaysia perlu bersama untuk merealisasikan matlamat negara.

"Kita perlu berdiri teguh dan kukuh semampu yang boleh untuk memastikan atlet negara memperoleh kejayaan.

"Saya mahu sukan berjaya kerana ia bukan soal warna kulit, etnik atau agama tetapi atlet negara mewakili semua rakyat Malaysia," katanya.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan