Pembinaan EKVE Diteruskan - Azmin

Diterbitkan: Rabu, 24 Ogos 2016 9:20 PM

Datuk Seri Azmin Ali

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tiada arahan pemberhentian kerja pembinaan dibuat kepada pemaju projek Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) susulan kejadian rekahan tanah di sebuah tadika di Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa, Ampang, kata Datuk Seri Azmin Ali.

Menteri Besar Selangor itu bagaimanapun berkata beliau telah mengarahkan pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) supaya memantau perkembangan insiden berkenaan termasuk meneliti punca rekahan terbabit.

"Tak ada, you can't (beri arahan berhenti kerja pembinaan). You have to justify. Pihak berkuasa tempatan akan pantau perkara ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di sini, Rabu.

Selain itu,  mengulas mengenai kebimbangan orang ramai khususnya penduduk sekitar, Azmin memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya akan diambil jika pihak berkuasa mendapati wujud masalah susulan pembinaan EKVE.

"Projek itu mempunyai syarat kelulusan cukup ketat. Pemaju memenuhi syarat yang ditetapkan MPAJ.

"Jadi kalau ada isu, MPAJ akan pantau secara terpeinci bersama-sama Ikram (Institut Kerja Raya Malaysia), Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Alam Sekitar. Kalau ada masalah kita akan ambil tindakan," katanya.

Penduduk di Taman Kelab Ukay melahirkan kebimbangan mereka terhadap kemungkinan tanah runtuh di kawasan kejiranan mereka akibat kerja-kerja pembinaan EKVE.

Ini susulan laporan bahawa kira-kira 50 kanak-kanak pra-sekolah dari tadika Q-Dees terpaksa berpindah selepas rekahan muncul di taman permainan mereka pada Ahad lalu.
Tags / Kata Kunci: EKVE , Datuk Seri Azmin Ali , MPAJ

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan