Zahid Pengerusikan Perbahasan Terbuka Mengenai Pengawalan Senjata Pemusnah Besar-Besaran

Diterbitkan: Selasa, 23 Ogos 2016 11:14 PM

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan debat terbuka bagi mencegah percambahan senjata pemusnah besar-besaran (WMD) pada mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Selasa. Turut hadir Setiausaha Agung PBB Ban Ki Moon (kiri), Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman (dua, kiri) dan Wakil Tetap Malaysia ke PBB Datuk Ramlan Ibrahim (tiga, kiri). -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa (23 Ogos) mempengerusikan Perbahasan Terbuka Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) mengenai Pengeluaran Senjata Pemusnah Besar-besaran (WMD) di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di sini.

Mesyuarat bermula pada kira-kira 10 pagi waktu New York (10 malam di Malaysia), dengan Zahid menyampaikan ucapan pembukaan.


Kemajuan teknologi, yang memberi akses mudah kepada maklumat mengenai WMD kepada pelaku bukan negara, membimbangkan badan pengawal selia terbesar dunia, PBB, tentang kemungkinan maklumat itu akan jatuh ke tangan kumpulan militan ekstremis seperti Daesh dan Boko Haram, yang seterusnya boleh menimbulkan akibat buruk dan kacau-bilau dalam masyarakat dunia.

"Ia melibatkan beberapa isu berkaitan WMD yang sedang berlaku dan dipantau PBB bagi mengelak timbulnya akibat buruk terhadap masyarakat dunia dan membawa kepada keadaan huru-hara di dunia jika tidak ditangani dengan lebih awal oleh PBB," kata Ahmad Zahid pada sidang akhbar untuk wartawan Malaysia di sini Isnin.

Perbahasan Terbuka ini diadakan atas inisiatif Malaysia selaku Presiden Majlis Keselamatan, sejajar dengan prinsip yang menjadi pegangannya sejak sekian lama mengenai pengawalan percambahan WMD.

Sebanyak 63 orang dan pemimpin mewakili 50 negara dijangka mengambil bahagian dalam perbahasan itu.

Diadakan di ibu pejabat PBB di New York City, Perbahasan Terbuka Majlis Keselamatan mengenai Pengawalan Percambahan Senjata Pemusnah Besar-besaran ini bertujuan menggalakkan penganjuran dialog selanjutnya dan kerjasama mengenai pengawalan pengeluaran WMD, terutama berikutan kemunculan risiko percambahan senjata jenis itu dalam kalangan pelaku bukan negara.

Ahmad Zahid berkata hakikat bahawa mesyuarat itu dipengerusikan pemimpin peringkat tinggi menunjukkan komitmen Malaysia terhadap PBB dan multilateralisme.

Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon juga menyertai mesyuarat itu.

Ahmad Zahid dalam rangka lawatan kerja lima hari ke Amerika Syarikat, bermula Isnin (22 Ogos), bersempena giliran Malaysia menjadi presiden UNSC bagi Ogos.

Dalam acara sampingan, beliau juga mengadakan perbincangan dua hala dengan pemimpin beberapa negara mengenai isu kepentingan bersama dan serantau membabitkan kepentingan bersama.

Sebagai anggota Majlis Keselamatan, Malaysia memainkan peranan penting dalam pemilihan setiausaha agung PBB akan datang, yang akan diputuskan pada hujung  tahun ini memandangkan penggal setiausaha agung sekarang, Ban Ki-moon, akan berakhir pada 2016.

Malaysia percaya tentang peri pentingnya proses pemilihan itu bersifat telus dan inklusif serta akan terus berusaha untuk mendampingi anggota Majlis, anggota PBB lain dan pemegang taruh yang berkenaan bagi memastikan sesiapa sahaja yang dipilih untuk menerajui PBB merupakan tokoh paling sesuai dan berkelayakan untuk memikul tugas mencabar itu, kata Ahmad Zahid semalam.

Beliau juga berkata pemilihan Malaysia sebagai Presiden Majlis Keselamatan PBB bagi Ogos merupakan suatu sejarah dan penghormatan bagi negara itu.

Katanya, PBB memantau penggunaan WMD yang didakwa berlaku dalam konflik Syria.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Wakil Tetap Malaysia di PBB Datuk Ramlan Ibrahim adalah antara mereka yang menghadiri mesyuarat itu.
Ahmad Zahid dijadual mengakhiri lawatan beliau ke sini pada 26 Ogos.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan