Malaysia Laksana Sistem 'Pin Dan Bayar' Sepenuhnya Pada 1 Julai 2017

Diterbitkan: Selasa, 23 Ogos 2016 3:25 PM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Transaksi pengesahan pembayaran kad kredit dan debit menggunakan tanda tangan akan dihapuskan secara berperingkat untuk digantikan dengan sistem berasaskan nombor pengenalan peribadi (PIN) pada 1 Julai, 2017.

Sehubungan itu, kata Pengarah Dasar Sistem Pembayaran Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Nyat Chuan, para pemegang kad akan diberi tempoh selama enam bulan mulai Januari sehingga Jun 2017 untuk membiasakan diri dengan sistem baharu itu sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya.

Sistem 'pin dan bayar' itu membolehkan pemegang kad membuat pembayaran dengan memasukkan PIN enam digit tanpa menurunkan sebarang tanda tangan seperti sekarang.

Langkah yang dipertingkat itu juga akan menjadikan sistem pembayaran jauh lebih selamat.

"Sasaran (kami) adalah supaya semua pelaksanaan aspek infrastruktur dan penggantian kad itu dapat disiapkan menjelang 31 Dis, 2016," katanya kepada wartawan selepas menghadiri Pameran Bergerak e-Bayaran Kebangsaan 2016, di sini, hari ini (Selasa).

Program itu dianjurkan bersama oleh BNM, Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia serta Persatuan Institusi-Institusi Perbankan Islam Malaysia.

Mengulas lanjut, Tan berkata selain sistem 'pin dan bayar,' pemegang kad juga dapat membuat bayaran menggunakan sistem 'tap-and-go' bermula 1 Jan, 2018.

Malah, katanya, seramai 44.3 juta pemegang kad dapat menikmati kemudahan itu  sebaik sistem baharu beroperasi kelak.

"Pemegang kad boleh menggunakan kaedah 'tap-and-go' untuk transaksi membabitkan nilai yang rendah," katanya.

Mengulas e-bayaran, Tan berkata bagi tempoh Januari sehingga Jun 2016, penggunaan cek berkurangan sebanyak 10 peratus berikutan peningkatan penggunaan kaedah Interbank Giro (IBG) iaitu sistem pindahan dana antara bank dan Instant Interbank Fund Transfer (IBFT) atau pindahan segera.

"Pertumbuhan transaksi IBG dan IBFT masing-masing meningkat sebanyak 18 peratus dan 94 peratus," katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan