Perpaduan Rakyat Lebih Bernilai Berbanding Sebutir Pingat Emas - MCA

Diterbitkan: Selasa, 23 Ogos 2016 9:30 PM

Datuk Heng Seai Kie

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebutir pingat emas Sukan Olimpik mungkin berharga, tetapi perpaduan rakyat dalam menyatakan sokongan terhadap atlet yang membawa nama Malaysia adalah lebih bernilai, kata Pengerusi Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie.

"Semua atlet kita sememangnya menjadi 'emas tulen' buat kita, kerana mereka telah bekerja keras dan berhak mendapat pujian besar. Apa yang tidak ternilai adalah perjalanan atlet kita di Olimpik yangtelah memberi inspirasi kepada perpaduan nasional di kalangan kumpulan etnik berbeza, yang juga merupakan misi dan visi pemimpin di negara ini," katanya.

"Saya ingin mengucapkan tahniah dan memuji semua atlet Olimpik Rio. Selepas apa yang berlaku, pingat emas mungkin berharga, tetapi perpaduan negara masih lebih bernilai," kata Heng, yang juga penasihat kepada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di Jabatan Perdana Menteri.

Beliau berkata, walaupun negara ini tidak memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik, semangat juang atlet begitu menyentuh hati dan menyatukan seluruh rakyat.

"Sumbangan mulia mereka membuatkan kita berbangga menjadi rakyat Malaysia dan setakat ini menjadi hadiah terbaik untuk Hari Kebangsaan yang akan datang," katanya dalam satu kenyataan Selasa.

Beliau berkata memenangi empat pingat perak dan satu pingat gangsa adalah satu pencapaian bagi Malaysia.
Tags / Kata Kunci: Olimpik Rio 2016 , MCA , Datuk Heng Seai Kie

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan