Bersih Tiada Masalah Baju Merah Datang Himpunan 'Tangkap' Selagi Aman

Diterbitkan: Selasa, 23 Ogos 2016 3:54 PM

Maria Chin Abdullah.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kumpulan Bersih tidak mempunyai masalah untuk berdepan dengan kumpulan 'baju merah' semasa perhimpunan #TangkapMalaysianOfficial1 pada Sabtu, selagi ia masih dilakukan secara aman.

"Jika baju merah hendak datang, mereka boleh datang, tetapi ia boleh dilakukan secara aman... hormati perhimpunan aman," kata Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.

Beliau berkata, perhimpunan Bersih 4 yang diadakan pada Ogos tahun lalu secara besar-besar boleh diadakan dengan aman, tanpa sebarang keganasan atau insiden yang tidak dingini.

"Semua orang mempunyai hak untuk bersuara, tetapi secara aman. Kita telah pun melakukannya sebelum ini, maka amalan itu perlu diamalkan mulai sekarang," katanya.

Bersih menyatakan bahawa ia akan mengadakan himpunan itu pada 27 Ogos ini, yang akan dianjurkan oleh beberapa kumpulan belia bagi memberi tekanan kepada pihak berkuasa supaya menahan dan mendakwa “Malaysian Official 1” yang dinamakan dalam saman sivil oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat berhubung dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Himpunan itu akan diadakan bermula di dua lokasi pertemuan iaitu Sogo KL dan Masjid Negara, dan peserta merancang untuk berarak ke Dataran Merdeka pada pukul 2 petang.

Kumpulan baju merah diketuai oleh Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos yang menyatakan bahawa mereka mungkin akan mengadakan himpunan balas menentang kumpulan "Tangkap" di lokasi dan hari yang sama.

Tags / Kata Kunci: Maria Chin Abdullah , Bersih

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan