Kajian: Kebanyakan Pelajar Universiti Tidak Tahu IS

Diterbitkan: Isnin, 22 Ogos 2016 2:09 PM

Seorang suspek IS dikawal ketat polis.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Satu kajian mendapati kebanyakan pelajar universiti di Malaysia tidak tahu mengenai kumpulan pengganas IS.

"Hampir semua responden kajian benar-benar tidak tahu mengenai IS. Sebagai contoh, ada yang tidak dapat mengenal pasti sama ada IS adalah kumpulan Sunni, Syiah, Salafi dan Sufi," kata pensyarah politik dan penyelidik Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani.

Selain itu, kajian yang menjadikan pelajar universiti dari Semenanjung Malaysia sebagai sampel mendapati lebih 80 peratus menolak kumpulan pengganas itu yang turut dikenali sebagai Daesh.

Kajian ke atas pengaruh IS di kalangan pelajar universiti di Malaysia turut membabitkan sampel pelajar universiti dari empat kawasan di semenanjung Malaysia - utara, timur, wilayah tengah dan selatan - dengan 320 responden dari setiap kawasan.

Ia turut mengumpul data dari kira-kira 1,280 responden yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta.

Meskipun kebanyakan tidak sedar mengenai IS atau menentangnya, terdapat segelintir pelajar yang memilih untuk berada di atas pagar.

Walaupun mereka tidak menunjukkan sokongan kepada IS, mereka tiada tindak balas negatif terhadap kumpulan pengganas itu.

"Hanya sekumpulan kecil responden dilihat berminat terhadap IS. Bilangannya di bawah 20 peratus. Mereka hanya bersimpati dengan apa yang berlaku di Syria," katanya.

Ditanya sama ada responden ini menerima kekejaman dilakukan IS termasuk tindakan memenggal kepala dan membakar tebusan, Mohd Azizuddin berkata mereka tidak fokus kepada taktik brutal IS.

Tags / Kata Kunci: kajian , UUM , kumpulan militan IS

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan