Hambali Mohon Dibebaskan

Diterbitkan: Isnin, 22 Ogos 2016 9:25 AM

Hambali muncul di khalayak ramai pada Khamis memohon minta dibebaskan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hambali atau nama sebenarnya Riduan Isamuddin, bekas pemimpin Al-Qaeda yang paling berpengaruh di Asia Tenggara dan ditahan di Guantanamo Bay selama 13 tahun akhirnya muncul di khalayak ramai pada Khamis apabila membuat permohonan minta dibebaskan di hadapan Lembaga Kajian Berkala penjara tersebut.

Lelaki itu yang juga dalang serangan pengeboman di Bali pada 2012 dan berkomplot untuk membunuh pemimpin dunia di Bangkok memohon supaya dibebaskan.

Pada 18 Ogos lalu, wartawan dibenarkan menonton sesi  pendengaran selama 10 minit itu yang disiarkan secara langsung menerusi pautan satelit dari penjara di Cuba tersebut yang menempatkan penjenayah kes berprofil tinggi.

Hambli yang dilahirkan di Indonesia berhijrah ke Malaysia pada 1985 ketika berusia 21 tahun dan menetap di sini hampir 20 tahun.

Dia berkahwin dengan rakyat Sabah, Noralwizah Lee Abdullah @ Lee Yin Len.

Dalam tempoh 48 jam lalu, kes tersebut menarik perhatian pasukan perisikan di beberapa negara termasuk Malaysia, Indonesia dan Filipina.

Ini adalah kali pertama Hambali yang turut dirujuk sebagai 'Osama bin Laden' di Asia Tenggara dilihat secara umum sejak ditahan pada Ogos 2003.

Mengenai permohonannya, wakil Hambali, seorang pegawai tentera menyifatkan dia sebagai 'menghormati orang lain', 'bertenaga' dan seseorang yang sentiasa tersenyum dan tidak pernah ragu-ragu untuk menjawab sebarang soalan.'

"Semasa dia di dalam tahanan, dia belajar Bahasa Inggeris. Dia juga belajar Bahasa Arab dan kemudiannya mengadakan kelas untuk mengajar tahanan yang lain.

"Dia turut memberikan kerja rumah dan ujian buat mereka. Bapanya juga seorang guru. Jadi ia datang secara semula jadi dalam dirinya," kata pegawai yang membacakan kenyataan awal.

Pegawai itu berkata Hambali pernah mengatakan dia hanya mahu meneruskan kehidupannya dengan lebih tenang.

"Dia mahu berkahwin semula dan dikurniakan anak."

Namun, pegawai yang mewakili kerajaan Amerika Syarikat (AS) membantah permohonan Hambali.

Tags / Kata Kunci: Hambali , penjara Guantanamo Bay

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan