Polis Diingat Jangan Terjebak, Leka Main Pokemon Go

Diterbitkan: Ahad, 21 Ogos 2016 8:41 PM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Polis Terengganu mengingatkan pegawai dan anggotanya tidak memuat turun aplikasi permainan Pokemon Go agar tidak terjebak dan leka dengan permainan maya itu.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata peringatan itu bagi mengelak sebarang kemudaratan dan risiko semasa mereka menjalankan tugas.

"Seperti yang diketahui permainan maya seperti Pokemon Go mempunyai risiko yang boleh mengancam keselamatan diri mereka sendiri sehingga menyebabkan kemalangan dan sebagainya.

"Jadi kita ingatkan pegawai dan anggota agar jangan sesekali memuat turun aplikasi ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Ahad.

Beliau berkata peringatan itu dikeluarkan sejajar dengan saranan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana permainan tersebut mempunyai risiko dan mendatangkan bahaya jika tidak berhati-hati.

Rosli berkata pihaknya juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang terjebak dalam permainan maya ini sehingga menceroboh kawasan larangan.

"Saya juga hendak nasihatkan mereka yang taksub mencari Pokemon ini supaya jangan langgar undang-undang yang lain termasuk menceroboh rumah orang dan memandu sambil bermain permainan tersebut.

"Sesiapa sahaja yang didapati menceroboh boleh ditangkap kerana memasuki kawasan larangan," katanya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan