Penjenayah Mungkin Jadikan Saya Sasaran Jika Isytihar Harta - Ku Nan

Diterbitkan: Ahad, 21 Ogos 2016 3:59 PM

Tengku Adnan Tengku Mansor.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau tidak akan mengisytiharkan asetnya kepada umum kerana bimbang diri dan keluarganya akan dijadikan sasaran penjenayah.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil yang menggesa Tengku Adnan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abdul Aziz supaya mengisytiharkan harta mereka kepada rakyat sebagai tanda komitmen kepada prinsip ketelusan.

"Saya mengisytiharkan harta saya terus kepada perdana menteri setiap tahun.

"Saya pernah menjadi ahli perniagaan dan mempunyai banyak aset. Saya juga takut sekiranya mengisytiharkan aset, anak-anak dan isteri saya mungkin diculik, penjenayah boleh merompak kami - apa sahaja boleh berlaku," katanya.

"Bagi Datuk Bandar, beliau mengisytiharkan asetnya kepada Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Dr Ali Hamsa).

"Saya telah mengarahkan datuk bandar dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membincangkan cara terbaik bagi mengendalikan perkara itu dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Oleh itu DBKL akan berkongsi maklumat mengenai berapa banyak aset, nama akaun dan juga sebagainya pada minggu akan datang.

"Perkara sama juga akan dilakukan terhadap Kementerian Wilayah Persekutuan termasuk Putrajaya dan Labuan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa Alumni Pusat Perubatan Pertahanan Kebangsaan (NDMC) ke-10 di sini Ahad.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan