JPAM Jadi APM Mulai 1 September

Diterbitkan: Ahad, 21 Ogos 2016 3:09 PM

Sebahagian anggota melaungkan 'sedia,pantas, berintegriti' pada Perbarisan Tamat Latihan Pegawai Kadet Siswa-Siswi Pertahanan Awam (KOR SISPA) sempena Majlis Pentauliahan dan Perhimpunan Kor SISPA peringkat Kebangsaan kali ke-7, 2016 di padang kawad Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada Ahad. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

TANJUNG MALIM: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan ditukar menjadi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkuat kuasa 1 September ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Beliau berkata perkara itu telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk mendapat tanda tangan selepas akta itu dibahas dan diluluskan di Parlimen dalam persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

"Insya-Allah pada 1 September ini ia akan diwartakan sebagai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia atau nama pendeknya APM," katanya pada sidang media pada majlis Pentauliahan dan Perhimpunan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) Peringkat Kebangsaan ke-7 di padang kawad Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Sultan Azlan Shah di sini Ahad.

Seramai 895 kadet Kor Sispa dari 12 buah universiti awam dan enam institusi pengajian tinggi swasta menerima pentauliahan mereka.

Menurut Shahidan, penjenamaan semula JPAM kepada APM sejajar dengan tugas dan peranan pasukan tersebut yang kini mempunyai keanggotaan melebih satu juta sukarelawan di seluruh negara.

"Disebabkan JPAM telah besar dari segi keanggotaannnya iaitu melebihi satu juta sukarelawan di seluruh negara, adalah tidak wajar ianya dijadikan jabatan lagi," katanya.

Sahadan berkata walaupun elaun sedia ada kekal berikutan penukaran nama itu, namun pihaknya akan cuba berusaha memperjuangkan beberapa bentuk elaun tertentu yang belum dinikmati anggota JPAM.

"Oleh itu perbincangan akan diadakan dari semasa ke semasa bersama kerajaan bagi memastikan pasukan sukarelawan APM sama ada di peringkat siswa atau awam mendapat elaun sama seperti badan sukarelawan lain," katanya.

Dalam pada itu katanya sudah menjadi amalan di kebanyakan negara di mana angkatan pertahanan awam itu adalah sebahagian daripada perlembagaan negara itu.

"Seperti di Singapura, di bawah Angkatan Pertahanan Awam terletak bomba dan lain-lain lagi. Ada sesetengah negara meletakkan (peranan) angkatan pertahanan awam mereka (lapisan) tertinggi dengan adanya polis dan tentera.

"Kita di Malaysia berasingan. Angkatan pertahanan awam merupakan lapisan ketiga keselamatan negara selepas tentera dan polis. APM merupakan barisan yang memberi perlindungan kepada orang awam dahulu," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: JPAM , APM , Shahidan Kassim

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan