Chong Wei Tetap Hero Negara - Pemimpin

Diterbitkan: Ahad, 21 Ogos 2016 7:10 AM

Chong Wei menang pingat perak dalam aksi final perseorangan badminton lelaki malam Sabtu. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Walaupun gagal meraih emas pertama negara di Sukan Olimpik Rio 2016, jaguh badminton Datuk Lee Chong Wei tetap dipuji pemimpin negara yang bangga dengan pencapaiannya meraih pingat perak setelah tewas kepada pemain China, Chen Long.

Pemimpin negara menzahirkan kebanggaan mereka dalam laman sosial masing-masing termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Permainan yg (yang) baik @LeeChongWei ! Tak kira apa jua warna medal (pingat), anda adalah hero kami rakyat Malaysia! Tahniah!," kata Najib di laman Twitternya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut mengucapkan tahniah kepada Chong Wei serta seluruh kontinjen negara yang berjuang di temasya Sukan Olimpik Rio 2016.

"Tambahan pingat buat Msia (Malaysia). Tahniah @LeeChongWei anda telah buat yang terbaik. Tahniah seluruh #TeamMalaysia di #Rio2016 #Malaysia Boleh," katanya.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyifatkan kempen Olimpik kali ini adalah yang terbaik ditampilkan atlet negara.

"Atlet kita telah membanggakan negara. Kempen Sukan Olimpik terbaik. Saya bangga dengan mereka.

"Kini kita rancangkan untuk Tokyo 2020. Kita mulakan hari ini," katanya.

Khairy melalui laman Twitternya turut menyatakan penghargaan kepada bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang memulakan program 'Road to Rio' empat tahun lepas, yang membawa kepada kejayaan negara pada temasya sukan itu kali ini.

Turut memberi komen positif ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak di laman Twitternya:"Tahniah Dato (Datuk) @LeeChongWei. A very tight fight and extraordinary sportmanship displayed.Syabas and TQ for giving us your best!.

"(Satu pertarungan yang sangat sengit dan semangat kesukanan yang luar biasa dipamerkan. Syabas dan TQ (terima kasih) kerana memberi yang terbaik).

Tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada Chong Wei ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menyifatkan permainan malam ini sebagai menakjubkan.

"Incredible - It was just not to be! @LeeChongWei still my hero," katanya.(Menakjubkan - Ia hanya tidak menjadi! @LeeChongWei masih wira saya).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Azalina Othman Said berkata Chong Wei tetap wira rakyat Malaysia dan menyifatkan pingat perak tetap bermakna pingat 'emas' kepada negara.

"Datuk @LeeChongWei tetap hero kita semua. Walaupun pingat perak yang dikalungkan pada beliau, namun beliau tetap 'emas' kepada kita semua," katanya.

Dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki malam Ahad, Chong Wei tewas kepada Chen Long 18-21, 18-21, menyumbang pingat perak keempat negara dalam temasya Rio itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan