AirAsia, AirAsia X Tawar Tambang Promosi Serendah 59 Sen Sehala

Diterbitkan: Ahad, 21 Ogos 2016 1:42 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AirAsia dan AirAsia X kini menawarkan tambang promosi istimewa daripada serendah 59 sen sehala ke pelbagai destinasinya, menerusi tempahan dalam talian mulai Isnin hingga 28 Ogos, 2016.

Dalam satu kenyataan, AirAsia berkata promosi itu adalah bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-59.

"Tambang asas tidak termasuk cukai dan fi hanya daripada 59 sen sehala itu adalah bagi destinasi dari Kuala Lumpur ke pelbagai destinasi termasuk Alor Setar, Johor Bahru, Siem Reap, Ho Chi Minh City dan lain-lain.

"Tambang promosi ke semua destinasi dalam rangkaian perkhidmatan AirAsia dan AirAsia X seperti Macao, Lombok, Kolkata, Tehran, Osaka, Shanghai dan tempat lain yang menarik, turut ditawarkan dalam tempoh promosi berkenaan," kata syarikat penerbangan tambang rendah itu.

Syarikat penerbangan itu berkata tambang promosi ini tersedia untuk tempoh seminggu di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia, dengan penumpang boleh terus terbang, selain menikmati tempoh perjalanan yang lebih lama dari 23 Ogos, 2016 hingga 9 Mac, 2017.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: AirAsia , Hari Kebangsaan

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan