Umno Pagoh Teruskan Perjuangan Bersama Parti

Diterbitkan: Sabtu, 20 Ogos 2016 7:33 PM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Umno Bahagian Pagoh akan meneruskan perjuangan bersama Umno demi masa hadapan parti keramat itu, kata Pemangku Ketua Bahagian Umno Pagoh, Ismail Mohamed.

Beliau berkata telah tiba masanya anggota Umno Bahagian Pagoh menerima hakikat bahawa bekas ketua bahagian Tan Sri Muhyiddin Yassin telah beralih arah dan tidak lagi bersama parti.

"Cukuplah selama setahun kita (Umno Bahagian Pagoh) berduka dan hari ini kita bangkit untuk meneruskan perjuangan parti kerana terdapat banyak lagi perkara yang harus diperjuangkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum merasmikan persidangan perwakilan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar Umno dekat sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Dan Industri Asas Tani Negeri berkata banyak lagi agenda yang perlu diteruskan dan parti memerlukan sokongan padu daripada anggota untuk meneruskan perjuangan.

Beliau berkata walaupun bekas ketua bahagian telah meninggalkan parti apabila menubuh parti baharu, anggota Umno bahagian Pagoh tidak akan mengambil tindakan untuk keluar parti.

Ismail berkata kesemua ketua cawangan dan sayap Umno Bahagian Pagoh telah menyatakan sokongan untuk menerimanya sebagai pemangku ketua bahagian, dan beliau berharap akan mendapat sokongan daripada anggota untuk meneruskan perjuangan parti di Pagoh.

"Kekuatan tersebut memberi saya semangat untuk meneruskan perjuangan Umno," katanya.

Beliau berkata tidak dapat dinafikan bahawa Muhyiddin telah banyak mencurahkan bakti kepada Pagoh termasuk melatih anggota Umno terus bersama parti sebelum ini.

"Kekuatan kita di Pagoh ialah walaupun ketua dipecat dan menukar haluan, kita masih bersama dengan UMNO," katanya.

Beliau berkata tugas mencabar menanti anggota Umno Bahagian Pagoh iaitu untuk mendampingi kembali pengundi bagi membina semula kekuatan Bahagian.

Katanya pihaknya telah membuat perancangan untuk melancarkan gerak kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang dengan mendekati dan memahami keperluan rakyat dengan kaedah 'turun ke bawah'.

"Jika kita mendekati rakyat, rakyat akan bersama kita," katanya.

Sebelum mengakhiri ucapannya, beliau mendeklamasikan sajak bertajuk 'Cikgu Ku' yang ditujukan kepada Muhyiddin yang sebelum ini banyak mencurah bakti memperjuangkan Umno dan memberi tunjuk ajar kepada Umno Bahagian Pagoh.

Tags / Kata Kunci: Umno , Muhyiddin Yassin

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan