Ujian Kes Keracunan MCKK Diketahui Minggu Depan - Pengarah Kesihatan - Berita Semasa | mStar

Ujian Kes Keracunan MCKK Diketahui Minggu Depan - Pengarah Kesihatan

Diterbitkan: Sabtu, 20 Ogos 2016 3:05 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Keputusan ujian makmal ke atas sampel yang diambil daripada pengendali makanan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dijangka diketahui dalam tempoh sekurang-kurangnya lima hari lagi.

Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Juita Ghazalie berkata sampel seperti perkakasan memasak telah diserahkan kepada Unit Bakteriologi, Makmal Kesihatan Awam Ipoh petang semalam. 

"Ketika ini pembersihan dapur dan dewan makan asrama MCKK sedang giat dijalankan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu. 

Rabu lepas seramai 56 pelajar MCKK disahkan mengalami keracunan makanan selepas menikmati hidangan yang disediakan pengendali makanan di dewan makan kolej berkenaan.

Siasatan awal mendapati van yang digunakan untuk mengangkut makanan adalah kotor selain perkakasan seperti dulang makan, jug, dispenser air, mangkuk, pinggan tidak dibersihkan dengan sempurna.

Dr Juita berkata semua pelajar terbabit kini berada dalam keadaan sihat dan boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: MCKK , Dr Juita Ghazalie

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan