Pakatan Pembangkang Dan Parti Muhyiddin Tidak Akan Sehaluan

Diterbitkan: Sabtu, 20 Ogos 2016 7:53 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR GAJAH: Ahli Majis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata akan berlaku banyak pergeseren dan ketidaksehaluan antara pakatan pembangkang dengan parti baharu yang didaftarkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata ini berdasarkan kenyataan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam bahawa tiada keperluan untuk melantik Muhyiddin sebagai ketua pembangkang baharu.

Abdul Rahman yang juga pengarah strategi dan komunikasi Barisan Nasional (BN) berkata perkara tersebut adalah dalam jangkaan dan membayangkan parti baharu itu dan pihak pembangkang tidak akan menemui kata sepakat.

"Saya lega sebenarnya apabila Muhyiddin hendak tubuhkan parti baharu kerana beliau perlu memperjelaskan kepada rakyat hala tuju dan dasar parti itu tentang hubungan kaum, kepentingan Bumiputera, dasar ekonomi, dasar luar negara dan sosialnya sama ada mirip kepada Umno atau pembangkang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Masjid Tanah di sini, Sabtu.

Turut hadir Ketua Puteri Umno merangkap anggota Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Setiausaha Kerja Umno merangkap Ketua Umno Bahagian Masjid Tanah Datuk Ab Rauf Yusoh.

Sehubungan itu, Abdul Rahman berkata anggota Umno perlu yakin pada kekuatan parti keramat itu yang masih lagi merupakan sebuah parti yang dominan di negara ini dan mempunyai hala tuju jelas serta masa hadapan yang cerah.

Tags / Kata Kunci: Umno , Muhyiddin Yassin , Abdul Rahman Dahlan

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan