56 Pelajar MCKK Keracunan Makanan - Berita Semasa | mStar

56 Pelajar MCKK Keracunan Makanan

Diterbitkan: Sabtu, 20 Ogos 2016 10:27 AM

Kolej Melayu Kuala Kangsar.

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Seramai 56 pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) mengalami keracunan makanan selepas menikmati hidangan yang disediakan pengendali makanan di dewan makan kolej tersebut pada Rabu lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Juita Ghazali, berkata, semua pelajar itu mengalami simptom seperti muntah, loya, demam, pening dan sakit perut yang kemudiannya disahkan sebagai keracunan makanan oleh Pegawai Perubatan Pusat Kesihatan Daerah (PKD).

Tiga daripada pelajar berkenaan dirujuk ke Hospital Kuala Kangsar oleh PKD pada Jumaat manakala pelajar lain pula dirawat sebagai pesakit luar.

Dr Juita berkata siasatan awal mendapati van yang digunakan untuk mengangkut makanan dari dapur ke dewan makan kotor.

Malah, katanya, ulat sampah turut ditemui pada van tersebut.

Susulan itu, beliau berkata  dapur asrama itu ditutup mengikut Akta CDC 1988 buat masa ini.
Tags / Kata Kunci: MCKK , keracunan makanan
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan