Ke Makkah Dengan Hasil Jualan Acar Buah, Putu Piring

Diterbitkan: Sabtu, 20 Ogos 2016 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

MAKKAH: Hasil penjualan acar buah dan putu piring merupakan rezeki yang membawa satu keluarga ke Makkah dengan izin Allah SWT.

Lebih menarik seorang anggota keluarga itu Fakri Iskandar Amran, 11, merupakan jemaah haji termuda yang berpeluang menunaikan haji musim ini.

Ibunya Nor Laila Ismail, 47, berkata tiada yang lebih menggembirakannya apabila suaminya Amran Mohd Ali, 51, dan seorang lagi anak mereka Nor Alia Syafiqa, 16, turut dapat bersama-sama menunaikan haji.

"Kami mendaftar di Lembaga Tabung Haji pada 2005 dan Alhamdulillah tahun ini kami bersama-sama dapat ke Makkah.

"Ia adalah hasil saya menjual acar buah dan juga hasil perniagaan suami saya sebagai penjual putu piring di pasar malam yang duitnya kami kumpul di Tabung Haji," katanya kepada wartawan Malaysia di penginapan mereka di Hotel Raudhat Al-Shorouq.

Nor Laila seorang guru sekolah swasta di ibu negara berkata walaupun anaknya masih berusia muda namun ia bukan halangan bagi menunaikan haji memandangkan sejak kecil lagi anak-anaknya didedahkan dengan aspek ibadat.

"Sejak kecil mereka bersolat melihat Kaabah di atas tikar sembahyang (sejadah) dan saya tekadkan dalam hati anak-anak saya agar mereka kelak dapat melihat Kaabah di hadapan mata mereka sendiri," katanya.

Beliau berkata sejak beberapa tahun mereka sekeluarga belajar mengenai ibadat haji.

"Saya juga tetapkan syarat kepada Fakri agar dia perlu khatam al-Quran jika mahu mengikut kami ke tanah suci dan akhirnya ia berjaya khatam," katanya.

Amran pula berkata pada mulanya hanya beliau, isteri dan anak perempuannya sahaja yang nama tersenarai untuk menunaikan haji, namun akhirnya anak lelakinya itu turut dibenarkan bersama-sama menunaikan haji setelah mereka membuat rayuan.

"Saya khuatir kalau Fakri tidak dapat mengikuti kami, siapa yang mahu menjaga dia di rumah. Dia pun nampak gembira kalau mahu mengikut kami ke Makkah," katanya.

Beliau berkata ia merupakan rahmat terbesar buatnya apabila kesemua anggota keluarganya dapat turut sama menunaikan haji.

Fakri yang merupakan murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan AU3, Keramat, begitu bersyukur kerana dapat bersama keluarganya ke tanah suci.

"Saya tidak takut dan rasa gembira untuk tunaikan haji. Guru-guru dan rakan-rakan semua rasa gembira dan ucap syukur apabila saya dapat ke sini," katanya.

Dia berkata dia akan berdoa di sini agar semua umat Islam beroleh kesejahteraan dan mendapat rahmat Allah.

Nor Alia Syafiqa, pelajar Sekolah Tinggi Islam As Sofa, Rembau, Negeri Sembilan berkata dapat menunaikan haji dalam usia muda sepertinya merupakan 'hadiah' daripada Allah SWT.

"Syukur emak, ayah dapat bawa saya bersama dan menunaikan haji dalam usia muda adalah yang terbaik kerana kita tidak tahu bila masanya kita 'dijemput' Allah.

Adakah kita berpeluang atau tidak (untuk menunaikan haji)," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Makkah , acar buah , putu piring

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan