"Jangan Berbalah Kalau Nak Menang" - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 20 Ogos 2016 8:23 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Umno Terengganu agar mengelak pergeseran sesama sendiri dan terus bersatu jika ingin terus kekal memerintah negeri ini.

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, berkata walaupun kemelut di Terengganu ibarat 'ribut dalam cawan', ia boleh merebak sekiranya mereka tidak bersatu dan tidak berpegang pada satu ikatan.

"Dalam istilah politik, Terengganu adalah 'swing state'. Boleh beralih ke arah menang dan beralih kepada kalah.Tapi hari ini kita kena tanya diri kita...tepuk dada tanya selera.

"Angin yang bertiup hari ini ke arah mana? Angin yang bertiup hari ini ke arah BN menang?Kalau nak menang...buatlah cara nak menang.Jangan nak 'baloh-baloh' (berbalah) sesama sendiri," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kuala Terengganu di sini hari ini.

Najib berkata dalam menangani kemelut yang sentiasa menjadi isu di negeri ini, beliau berharap rakyat Terengganu akan terus memberi kepercayaan kepadanya  dalam memikirkan kaedah untuk memperbaiki keadaan, malah beliau telahpun bersemuka dengan beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu.

Perdana Menteri berkata pertemuan tersebut dilakukan secara berperingkat dan beliau sentiasa berlapang dada untuk mendengar setiap keluhan mereka bagi memastikan Umno Terengganu terus stabil.

"Tak usahlah kita serabut sangat kepala...cukup.Saya tengok orang Terengganu ini banyak sangat serabut...serah perkara ini kepada saya sebagai perdana menteri danpresiden parti.

"Saya akan fikir yang terbaik...saya pun dah jumpa dari hati ke hati dengan setiap Adun...belum habis lagi, dalam proses. Saya nak tahu apa sebenarnya, saya nak dapatkan gambaran terbaik, mudah-mudahan ada permuafakatan," katanya.

Najib berkata dalam memimpin, beliau sentiasa mengamalkan perbincangan sesama ahli dan tidak akan membuat keputusan secara bersendiri malah tidak pernah memaksa pihak lain mengiayakan sahaja cadangannya.

Namun, beliau berharap sekiranya terdapat ketidakpuasan hati terhadap pemimpin, ia hendaklah dibangkitkan dengan cara yang beradab.

Tags / Kata Kunci: Umno , Najib Tun Razak

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan