Sama-Sama Bantu Cegah Gejala Dadah - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Jumaat, 19 Ogos 2016 5:57 PM

Dr Ahmad Zahid Hamidi memotong pulut gergasi ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rantau Panjang di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Lubok Jong pada Jumaat. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

TANAH MERAH: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta masyarakat bersama-sama dengan pihak berkuasa membanteras aktiviti berkaitan dadah di seluruh negara.

"Masyarakat perlu mengenepikan fahaman politik kerana masalah ini masalah masyarakat dan negara.

"Semua rakyat di negara ini perlu peduli terhadap aktiviti tersebut dan tidak meletakkan sepenuh tangungjawab (membanterasnya) kepada pihak berkuasa," kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri.

Ibu bapa terutamanya, mempunyai tanggungjawab memastikan anak-anak mereka tidak terjebak dengan gejala dadah, katanya ketika berucap selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Mukim Jedok dpada Jumaat.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno yang menjalankan tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden Umno sedang dalam lawatan kerja sehari kenegeri ini, terdahulu beliau menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Jeli di Pusat Dakwah Jeli,Pondok Moden.

Ahmad Zahid berkata ibu bapa perlu membendung masalah itu bermula darirumah lagi kerana najis dadah ini mula melibatkan pelajar sekolah seawal usia tujuh tahun.

Beliau berkata sebanyak 48 peratus daripada kira-kira 55,000 banduan dipenjara seluruh negara adalah pesalah yang terlibat dengan aktiviti dadah.

"Mereka ini terlibat sama ada sebagai penagih atau pengedar dadah. Peratus ini cukup memberikan kesan dan membimbangkan negara, tambahnya.

Ahmad Zahid mahu polis Kelantan meningkatkan usaha bagi membanteras aktiviti dadah terutama yang melibatkan dadah jenis pil kuda (Methamphetamine) yang didapati banyak di negeri ini. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Ahmad Zahid Hamidi , Gelaja Dadah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan