Usul Pemuda Umno Pasir Gudang Sentuh Isu Mahasiswa Berhutang, PTPTN

Diterbitkan: Jumaat, 19 Ogos 2016 9:57 PM

(Ubah saiz teks)

PASIR GUDANG: Pergerakan Pemuda Umno Pasir Gudang akanmengemukakan usul menyentuh nasib generasi mahasiswa yang dibebani dengan hutang yang tinggi, sejurus menamatkan pengajian mereka.

Usul itu bakal hangat dibahaskan oleh perwakilan pada mesyuarat tahunan Pergerakan Pemuda Umno Pasir Gudang yang akan bersidang Sabtu ini.

Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Pasir Gudang, Noor Azleen Ambros berkata, mahasiswa hari ini dalam dilema akibat menanggung beban hutang sebelummereka mampu membina kerjaya.

Cabaran semasa seperti kenaikan kos sara hidup selain penawaran gaji yang rendah oleh kebanyakan majikan menyebabkan polemik itu menjadi semakin rumit di kalangangolongan muda lepasan institusi pengajian tinggi.

“Nasib dan masa depan mahasiswa yang diselubungi hutang ini perlu dibela serta diberi perhatian,” tegasnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sayap parti bahagian itu,di sini, Jumaat.

Beliau berkata, mahasiswa tidak sewajarnya dibebani dengan sejumlah hutang yang besar ketika mereka baru sahaja hendak memulakan fasa kehidupan yang baharu iaitu alam pekerjaan.

Katanya, lebih memeritkan apabila Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini menyenarai hitam nama mereka yang gagal melunaskan pinjaman dengan memasukkan nama mereka dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS).

“Tindakan itu dilihat tidak adil memandangkan mereka ini baru sahaja hendak memulakan kehidupan dan tindakan demikian seolah-olah menggelap dan menghancurkan terus masa depan mereka.

“Sebagai contoh, ia menjejaskan peluang mendapatkan pembiayaan kredit untuk membeli kereta bagi tujuan berulang-alik ke tempat kerja, apatah lagi untuk membelirumah pertama mereka,” katanya.

Menurut Noor Azleen, PTPTN telah memainkan peranan serta sumbangan yang besar dalam memastikan semua golongan mampu mendapatkan pembiayaan untuk melanjutkan pengajian ke universiti sehingga ke peringkat tertinggi.

“Umum sedar tanpa PTPTN, tidak mungkin akses kepada pendidikan tinggi itu dapat diperluas.“Melaluinya juga kelangsungan demokrasi pendidikan di peringkat universiti itu terus berlaku di Malaysia,” tambahnya.

Beliau menegaskan lepasan universiti perlu dipastikan mampu memulakan kerjaya serta meneruskan cita-cita mereka tanpa sebarang beban hutang.Usul membabitkan PTPTN itu dijangka dibawa oleh Pengerusi Biro Pendidikan dan Agama Pemuda Umno Pasir Gudang, Roszaidi Ramlee.

Beberapa cadangan akan dibahaskan bagi mengurangkan kebergantungan mahasiswa berhutang terhadap pinjaman yang disediakan oleh PTPTN, selain penekanan soal kepentingan aspek pengurusan kewangan dan kredit yang terurus di kalangan golongan itu.

Perasmian mesyuarat sayap itu akan dirasmikan Sabtu ini oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, merangkap Pengerusi Perbadanan TabungPendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Dewan Taman Molek, Johor Baru.

Tags / Kata Kunci: Pemuda Umno Pasir Gudang , PTPTN

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan