Proton Perdana Menanti Pemenang Emas Olimpik

Diterbitkan: Jumaat, 19 Ogos 2016 1:45 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: DRB-Hicom dan Proton Holdings menawarkan ganjaran Proton Perdana 2.0 kepada pemenang pingat emas Olimpik di Rio de Janeiro.

Atlet yang membawa pulang pingat perak akan menerima Suprima S dan Proton Iriz akan diberikan kepada pemenang pingat gangsa.

“Semoga berjaya kepada semua kontinjen negara yang berjuang di Sukan Olimpik Rio,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan Jumaat.

Malaysia telah memenangi pingat dalam tiga acara setakat ini.

Ratu terjun negara Pandelela Rinong dan Chiong Jun Hoong memenangi pingat perak dalam acara 10m platform seirama wanita, pelumba basikal Azizulhasni Awang meraih gangsa dalam acara keirin, manakala badminton menerusi beregu campuran Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying yang meraih perak.
Tags / Kata Kunci: Proton Perdana , emas Olimpik

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan