Kes Pesakit 'Terdampar' Di Hospital Makin Membimbangkan - Hilmi

Diterbitkan: Jumaat, 19 Ogos 2016 5:09 PM

Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (dua,kiri) beramah mesra bersama penderma darah semasa melawat ruang pameran selepas merasmikan Program Prihatin 2016 sempena Sambutan Hari Kemanusiaan Sedunia di Hospital Selayang, Jumaat. Turut hadir Pengarah Hospital Selayang Dr Siti Zaleha Mohd Salleh (tiga,kiri) dan Ketua Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Selanyang Harolhanam Mohamed Wahid (kiri).

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kes pesakit 'terdampar' terutama melibatkan warga emas yang ditinggalkan anggota keluarga di wad hospital kerajaan semakin membimbangkan di negara ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Katanya, kini hospital kerajaan seluruh negara menerima sekurang-kurangnya dua kes pesakit 'terdampar' setiap bulan kerana anggota keluarga enggan membawa pulang pesakit walaupun telah dibenarkan pulang oleh pihak hospital.

"Kejadian seumpama ini kerap berlaku sekarang yang mana keluarga mereka meninggalkan mereka di hospital dan enggan membawa balik. Macam-macam alasan diberikan. Ini tidak patut berlaku. Tanggungjawab menjaga mereka seharusnya tidak dilepaskan kepada hospital. Hospital pun semakin penuh (dengan pesakit).

"Untuk kes seperti ini, Jabatan Kerja Sosial Perubatan hospital akan menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mereka dirujuk ke mana-mana rumah kebajikan. Masalahnya, rumah kebajikan juga semakin penuh," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Prihatin 2016 peringkat Hospital Selayang sempena Sambutan Hari Kemanusiaan Sedunia, di Auditorium Hospital Selayang, di sini, Jumaat. 

Oleh itu, Dr Hilmi menyarankan supaya aktiviti Persatuan Sukarelawan Hospital diperluaskan bagi memberi sokongan emosi, mental dan kerohanian kepada pesakit 'terdampar'.

Katanya, pengwujudan Persatuan Sukarelawan Hospital di setiap hospital kerajaan juga perlu diperluaskan ke hospital swasta.

Kementerian merekodkan sebanyak 1,067 kes rawatan di hospital melibatkan penderaan kanak-kanak manakala sebanyak 2,014 kes rawatan akibat keganasan rumah tangga, katanya.

Sementara itu, Program Prihatin 2016 yang berlangsung tiga hari sejak semalam (18 Ogos) menggabungkan 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), antaranya Malaysia Relief Agency dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, yang berkongsi pengalaman misi kemanusiaan mereka melalui pameran di lobi utama Hospital Selayang.

Program anjuran Jabatan Kerja Sosial Perubatan dan Persatuan Sukarelawan Hospital Selayang itu dilaksanakan bagi memupuk semangat kesukarelawan dan kemanusiaan kepada sukarelawan, anggota hospital, komuniti setempat dan seluruh masyarakat.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Dr Hilmi Yahaya , Hospital Selayang

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan