Najib Ucap Tahniah Ali Hamsa Dipilih Semula Presiden CAPAM

Diterbitkan: Jumaat, 19 Ogos 2016 5:52 PM

Dr Ali Hamsa

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkantahniah kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa di atas pemilihan semula sebagai Presiden Pertubuhan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) bagi tempoh 2016 hingga 2018.

"Tahniah @DrAliHamsa, sekali lagi terpilih sebagai Presiden CAPAM. Ini adalah penghormatan dan bukti keyakinan negara-negara Komanwel kepada beliau dan Malaysia," kata perdana menteri dalam catatan Twitter beliau pada Jumaat.

Ketua Pegawai Eksekutif CAPAM Gay Hamilton, selepas mesyuarat lembaga pengarah CAPAM pagi tadi, mengumumkan Ali dipilih semula sebulat suara sebagai Presiden CAPAM untuk tempoh dua tahun lagi.

Pemilihan itu menjadikan Ali orang pertama dalam sejarah pertubuhan itu memegang jawatan berkenaan selama dua penggal. Ali, 60, yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara ke-13 pada Jun 2012,menyertai perkhidmatan awam pada 1981.

Beliau berkhidmat dalam pelbagai jawatan dan pernah menjadi Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam-Swasta di Jabatan Perdana Menteri pada April 2009.-Bernama

Tags / Kata Kunci: CAPAM , Najib , Ali Hamsa

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan