Kerana KD, Dari KLIA Azizul Terus Ke Ipoh

Diterbitkan: Jumaat, 19 Ogos 2016 9:19 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Sejurus tiba di tanah air, jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang bergegas ke Ipoh untuk menziarahi anak keduanya, Amna Khadeeja yang dimasukkan ke wad akibat demam panas yang teruk.

Menurut ibu pemenang pingat gangsa Olimpik itu, Selamiah Yong, mereka sekeluarga masih dalam perjalanan balik ke Ipoh.

"Ya kami sekarang dalam perjalanan balik ke Ipoh. Jijoe nak tengok anak kedua dia yang tidak sihat. InsyaAllah esok (Sabtu) dia akan pergi semula ke Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

Anak kedua Azizulhasni itu sedang menerima rawatan di Hospital Pantai, Ipoh akibat demam panas yang teruk.

Pada pagi Sabtu, Azizuhasni akan menyertai acara 'Ride with Olympian' anjuran Yayasan Sime Darby (YSD) yang juga penaja beliau dan rakan senegara Fatehah Mustapa untuk misi di Olimpik, Rio 2016.

Athiah memuat naik gambar anak keduanya yang tidak sihat.


Terdahulu ketika ditemui pemberita, Azizulhasni mengakui amat merindui dan sering teringatkan dua anaknya yang tidak sihat sejak beliau berada di Rio De Janeiro.

"Masa habis perlumbaan kepala teringat anak dan isteri. Mula-mula Amna Maryam masuk hospital seminggu lebih saya dah risau tapi isteri ingatkan supaya jangan risau kerana dia boleh jaga.

"Sekarang Amna Khadeeja pula masuk hospital. Isteri memang berharap nak datang sini (KLIA) dengan Amna Khadeeja sekali tapi keadaan tak mengizinkan," katanya.

Dalam pada itu, Azizulhasni turut meminta orang ramai supaya mendoakan anak keduanya itu supaya cepat sembuh dan kembali sihat.

"Saya memang nak jumpa Khadeeja. Saya harap anda semua doakan dia cepat sembuh," katanya.

Tags / Kata Kunci: Azizulhasni Awang

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan