Individu Utama Dalam Siasatan 1MDB Ditahan Di Abu Dhabi - Laporan WSJ

Diterbitkan: Jumaat, 19 Ogos 2016 1:08 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pihak berkuasa di Abu Dhabi telah menahan Khadem Al Qubaisi, yang dikatakan menjadi individu utama dalam dakwaan penipuan bernilai berbilion dolar yang dikaitkan dengan dana kekayaan Malaysia, menurut sumber yang dekat dengan isu itu, lapor Wall Street Journal (WSJ).

WSJ berkata tangkapan pada minggu lepas itu adalah berhubung siasatan Abu Dhabi terhadap penipuan dan rasuah, termasuk peranan yang didakwa dimainkan Qubaisi dalam 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Tiada pertuduhan telah difailkan terhadapnya.

WSJ pada April melaporkan bahawa Qubaisi sebelum ini disekat daripada meninggalkan Emiriyah Arab Bersatu dan asetnya di negara itu telah dibekukan.

Peguam Qubaisi enggan mengulas perkara ini.

WSJ berkata penyiasat Amerika Syarikat (AS) memperluaskan siasatan mereka ke atas dana dan urusan melibatkan Qubaisi yang mereka syaki telah mengawal penipuan yang didakwa, menurut sumber yang biasa dengan siasatan.

Jabatan Kehakiman AS memfailkan tindakan undang-undang sivil bulan lalu untuk menyita aset di AS bernilai kira-kira AS$100 yang didakwa dibeli dengan wang yang diselewengkan daripada 1MDB, dana yang ditubuhkan pada tahun 2009 untuk meningkatkan ekonomi Malaysia.


Tags / Kata Kunci: 1MDB , Khadem Al Qubaisi

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan