"Tidak Berhati Perut" - Bapa Noor Amila Edrus

Diterbitkan: Jumaat, 19 Ogos 2016 12:41 PM

Noor Amila Edrus Norsham

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: 'Kejam dan tidak berperikemanusiaan', demikian kata bapa kepada Noor Amila Edrus Norsham terhadap orang yang bertanggungjawab membunuh anaknya.
 
Norsham Jalil, 63, berkata beliau dimaklumkan mengenai penemuan ngeri itu oleh kawan-kawannya ketika sedang berada di Sepang, petang Khamis.

"Saya berdoa kepada tuhan agar sesiapa sahaja yang membunuhnya akan diberi balasan setimpal. Apa yang dilakukannya itu tidak berhati perut.

"Kami benar-benar berasa kehilangan. Anak saya seorang budak yang baik, dia pandai membaca Al-Quran, rajin solat dan sering pergi ke masjid sejak berusia empat tahun.

"Biasanya, ibu atau abangnya akan menemaninya tetapi ditakdirkan jadi begini," kata Norsham, ketika ditemui di bilik mayat, malam Khamis.

Selepas menerima berita menyayat hati itu, beliau terus bergegas ke rumah mayat Hospital Kuala Lumpur di mana bedah siasat telah dijalankan.

"Saya tidak dapat melihat anak saya tetapi dia telah dikenal pasti berdasarkan pakaian yang dipakainya. Kami diberitahu oleh doktor bahawa mayatnya reput teruk," katanya di luar bilik mayat.

Sumber polis memberitahu kanak-kanak itu ditemukan dengan kepalanya terpisah daripada badan.

Kanak-kanak itu sebelum ini dilaporkan hilang di Jinjang pada 11 Ogos lepas dan ia disiasat sebagai kes kehilangan kanak-kanak.


Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun pada Isnin lepas di sekitar Jinjang dan suspek direman empat hari sehingga hari ini.

Sejak kanak-kanak itu dilaporkan hilang, kes itu mulanya disiasat sebagai kes orang hilang sebelum bertukar menjadi kes culik mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan selepas suspek tersebut ditahan.


"Namun setelah mayat mangsa ditemui hari ini, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya sambil menegaskan motif pembunuhan masih disiasat.

Noor Amila Edrus, anak sulung daripada dua beradik, tinggal bersama bapa dan ibu tirinya di Jinjang Utara.

Mayat kanak-kanak malang itu ditemukan  pada kira-kira 12.30 tengah hari Khamis.

Jenazah kanak-kanak itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam
 Taman Sri Bangkong di Batu 5, Jalan Ipoh di sini, kira-kira 12.30 tengah malam Jumaat.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan