Azizulhasni Akan Jumpa MB Terengganu

Diterbitkan: Jumaat, 19 Ogos 2016 5:43 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio, Azizulhasni Awang enggan memanjangkan isu bantuan kerajaan negeri Terengganu, sebaliknya memilih untuk duduk berbincang dengan Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman dalam masa terdekat.

Jaguh berbasikal negara itu berkata, beliau percaya Ahmad Razif seorang menteri besar yang prihatin terhadap isu rakyat dan mungkin berlaku salah faham atau beliau terlepas pandang mengenai permohonannya itu.

"Saya tak nak komen lebih mengenai isu ini. Saya percaya beliau seorang yang prihatin terhadap rakyatnya. Mungkin berlaku salah faham atau terlepas pandang.

"Bagi kami masa untuk duduk bersama. Saya akan jumpa dia. InsyaAllah saya akan pulang ke Terengganu selepas jumpa anak dan keluarga saya," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini petang Jumaat.

Azizulhasni bersama anak sulungnya, Amna Maryam sebaik tiba di KLIA, petang Jumaat.

Menurut Azizulhasni yang lebih dikenali dengan gelaran The RocketPocketMan, Ahmad Razif ada menghubunginya di Rio selepas isu tersebut menjadi viral di laman media sosial.

"Kita memang ada berhubung. Saya ada mesej dia, semua okay. Kita akan jumpa nanti," katanya.

Pada masa sama, bapa dua anak itu meminta orang ramai supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan kerana beliau menganggap hal bantuan tersebut hanyalah isu kecil.

"Buat masa sekarang saya harap orang ramai fokus kepada kemenangan saya, jangan fokuskan kepada isu kecil ini.

"Saya mahu kemenangan ini jadi inspirasi kepada semua. Seorang atlet bertubuh kecil dari negara kecil berjuang sejak Olimpik 2008, 2012 kemudian gagal tetapi bangkit berjuang dan terus mencuba pada 2016 di Rio sehingga pulang dengan pingat gangsa," katanya.

Ketika ditanya mengenai sambutan bak wira yang diterimanya sebaik tiba di tanah air, Azizulhasni berkata beliau amat terkejut dan tergamam kerana menerima layanan sebegitu.

"Saya tak tahu nak cakap apa, tergamam seketika. Sebaik turun, ada sambutan semburan air dekat pesawat.

"Saya diserbu apabila sampai... kat balai ketibaan pula penuh dengan wartawan, rasa tergamam betul. Kali pertama terima sambutan meriah seperti ini," katanya.
 
Terdahulu, atlet pelapis negara bersama dengan kakitangan Majlis Sukan Negara (MSN) memenuhi balai ketibaan KLIA menyambut ketibaan Azizulhasni sambil memegang kain rentang tertera perkataan 'Selamat Pulang Wiraku Azizulhasni Awang'.

Kepulangan Azizulhasni yang turut disertai rakan senegara, Fatehah Mustapa disambut bak wira susulan kejayaan menghadiahkan pingat gangsa buat negara menerusi acara keirin pada Sukan Olimpik Rio 2016.

Turut menyambut ketibaan Azizulhasni adalah ibunya, Selamiah Yong, 52, Amna Maryam, 4, dan keluarga mertuanya.

Isterinya, Athiah Ilyana Abd Samat terpaksa melupakan hasrat untuk menyambut kepulangan Azizul kerana anak kedua mereka, Amna Khadeeja dimasukkan ke hospital akibat demam.

Athiah menerusi laman Instagram (IG) miliknya mengakui akur dengan ketentuan Allah walaupun dia mahu menyambut kepulangan suami bersama dua anak mereka.



iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan