Pameran Matta Edisi September Sasar 100,000 Pengunjung

Diterbitkan: Khamis, 18 Ogos 2016 4:49 PM

Phua Tai Neng.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) optimis akan mencapai sasaran 100,000 pengunjung sepanjang Pameran Matta yang akan berlangsung tiga hari mulai 2 September ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Matta, Phua Tai Neng yakin sasaran itu boleh dicapai di sebalik persekitaran ekonomi global semasa yang amat mencabar.

"Kami menyasarkan perolehan jualan kira-kira RM200 juta bagi edisi September ini iaitu setara dengan edisi pada Mac lepas," katanya pada sidang media di ibu pejabat Matta di sini, Khamis.

Pameran dua kali setahun itu akan diadakan dari 2 hingga 4 September di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, dan dibuka kepada orang ramai dari 10 pagi hingga 9 malam.

Sebanyak 382 pertubuhan, ejen pelancongan, serta pengusaha taman tema dan hospitaliti akan menyertai acara itu dengan 1,206 ruang pameran.

Smart Online Travel Assistant (Sota) akan menjadi rakan teknologi rasmi, dan Legoland Malaysia Resort and Themed Attractions, Resorts & Hotels (TAR&H) pula rakan taman tema bagi pameran berkenaan.

Setiausaha Agung Matta, Nigel Wong berkata, perkongsian dengan Sota, sebuah portal pelancongan yang menghimpunkan ejen pelancongan ke platform dalam talian tunggal, akan memberi promosi meluas kepada industri pelancongan dan pengembaraan menerusi pameran itu.

Beliau berkata, Legoland, sebuah subsidiari TAR&H, akan mengendalikan empat ruang pameran bersempena pelancaran besar-besaran 'Lego Ninjago: The Ride' pada November.

"TAR&H akan turut membawa Sanrio Hello Kitty Town dan KidZania Kuala Lumpur masing-masing dengan dua ruang pameran," katanya.

Pada edisi Mac lepas di PWTC, Pameran Matta mencatat jualan keseluruhan sekitar RM200 juta dengan kedatangan 113,121 pengunjung. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Matta , Phua Tai Neng

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan