Kebakaran Belukar Akibatkan Lebuhraya Sprint Sesak

Diterbitkan: Khamis, 18 Ogos 2016 5:01 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kebakaran belukar yang berlaku di kawasan bertentangan dengan Phileo Damansara pada Khamis mengakibatkan kesesakan lalu lintas di sepanjang lebuhraya Sprint selama kira-kira sejam.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tun Ismail, Mohd Tarmizi Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.27 petang.

Beliau berkata, dua jentera bomba dan 12 anggota dari balai bomba Damansara dan Taman Tun Dr Ismail menerima maklum balas kecemasan itu.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, api marak di kawasan belukar dan merebak lebih tinggi kerana angin kuat.

"Kita berjaya mengawal api dan memadamkannya pada pukul 2.19 petang," katanya, sambil menambah bahawa punca kebakaran sedang disiasat.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan