Dani Daim Letak Jawatan Dalam LionGold Pada 15 Ogos

Diterbitkan: Khamis, 18 Ogos 2016 10:01 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Datuk Md Wira Dani Che Abdul Daim meletak jawatan dalam LionGold Corp Ltd pada 15 Ogos, demikian menurut makluman syarikat itu kepada Bursa Singapura.

LionGold mempunyai kepentingan dalam syarikat perlombongan emas dan cari gali di Australia dan Ghana.

Unit Australia milik penuh syarikat itu, Castlemaine Goldfields, mengeluarkan kira-kira 45,000 auns emas pada tahun kewangan berakhir 2015, menyumbang S$73 juta (S$1=RM2.99) kepada perolehan.

Baru-baru ini LionGold memaklumkan bahawa alasan peletakkan jawatan Md Wira Dani adalah "untuk menyelesaikan hal peribadi susulan perintah muflis ke atasnya oleh mahkamah Singapura, yang ingin diselesaikan beliau dalam tempoh 30 hari."

Md Wira Dani, 37, merupakan Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif LionGold Corp sejak 30 September, 2015.

Beliau adalah anak kepada bekas menteri kewangan Malaysia.

Sementara itu, Straits Times hari ini melaporkan Md Wira Dani diisytiharkan muflis minggu lepas membabitkan hutang sebanyak S$1.65 juta dengan Maybank Kim Eng Securities.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Dani Daim , LionGold

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan