Beri Perhatian Isu 'Anak Dara Emas' - Exco Kedah

Diterbitkan: Khamis, 18 Ogos 2016 3:12 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) disaran agar turut memberi perhatian kepada isu golongan 'anak dara emas' yang belum berkahwin.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Kedah, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata golongan ini yang terdiri daripada golongan profesional seperti pensyarah,  janda atau wanita muda yang hidup sekian lama tanpa pasangan.

"Berdasarkan pengalaman saya melalui sebuah syarikat yang saya tubuhkan bersama sebuah NGO sebelum ini yang bertujuan untuk mencari jodoh dan menggalakkkan perkahwinan sah, pada bulan pertama sahaja kami berjaya mendaftar 25 kes (wanita tidak berkahwin).

"Dan daripada jumlah ini, 10 daripada mereka adalah wanita profesional yang bekerja di pusat pengajian tinggi sama ada sebagai pensyarah atau ahli akademik," katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri pada Khamis.

Beliau menjawab soalan Mohd Nasir Mustafa (PAS-Kubang Rotan) yang ingin tahu langkah kerajaan dalam mengatasi masalah perceraian yang semakin meningkat dan keperluan untuk mengadakan kursus pascaperkahwinan bagi mengatasi masalah itu.

Mohd Rawi berkata kebanyakan wanita tersebut yang mempunyai status kewangan yang kukuh mengakui malu dalam hal berkaitan mencari jodoh dan enggan dikatakan seperti pepatah 'perigi mencari timba'.

Sementara itu bercakap kepada pemberita di luar Dewan, beliau mempersoalkan tindakan NGO bagi menangani masalah tersebut sedangkan mereka begitu agresif dan menentang poligami.

"Apa tindakan NGO ini sehingga golongan wanita profesional turut menjadi kumpulan sasaran warga asing yang menjalankan kegiatan 'love scam' dengan menipu duit mereka, sedangkan mereka juga dahagakan cinta dan memerlukan suami," katanya.

Terdahulu ketika menjawab soalan Aishah Ghazali (PAS-Merbau Pulas) mengenai kadar perceraian di Kedah, Mohd Rawi berkata kadarnya adalah membimbangkan apabila berlaku peningkatan iaitu 5,184 kes pada tahun 2015 berbanding 4,803 kes pada 2014.

Beliau kes khalwat turut meningkat iaitu 387 kes pada 2014 dan 440 kes pada tahun 2015.

Mohd Rawi turut meminta Jabatan Peguam Negara agar berbincang dengan Majlis Kehakiman Negeri Kedah bagi mengurangkan masalah ribuan anak tidak sah taraf yang biasanya berlaku di negeri yang bersempadanan dengan Thailand.

"Negeri yang tiada sempadan mungkin tiada isu macam ini. Saya boleh buktikan ribuan kes di luar sana yang memerlukan undang-undang sedia ada dikendurkan sedikit," katanya dan menambah memang sudah terdapat undang-undang berkaitan yang jelas namun, boleh ia diubah sesuai dengan memenuhi kehendak masyarakat.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan