APO2016 Raih Anugerah Antarabangsa

Diterbitkan: Khamis, 18 Ogos 2016 9:18 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Kumpulan Media Star menerusi produk bahasa Melayunya, mStar Online-Suria FM telah merangkul pingat perak Anugerah Spark 2016 untuk kecemerlangan media Asia Pasifik di bawah kategori Acara Terbaik Oleh Pemilik Media yang berlangsung di sini pada malam Khamis.

Portal mStar Online menang menerusi penyertaan Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) yang berlangsung pada 30 April lalu dan disiarkan secara langsung oleh TV2 RTM.

Anugerah berprestij itu disampaikan kepada Pengarang Eksekutif The Star/mStar Online, Rozaid A. Rahman pada majlis yang diadakan di negara jiran di selatan tanahair.

Pada majlis sama, bahagian pengiklanan Kumpulan Media Star turut merangkul pingat gangsa untuk kategori 'Best Media Solution Print' dan kumpulan R.AGE The Star memenangi pingat emas bagi kategori Pelancaran/Pelancaran Semula oleh Pemilik Media.

Bagi kategori yang dimenangi APO2016, empat lagi finalis yang disenarai pendek untuk bersaing ialah BBC Global News, Sky Cable Corporation, The Business Times Singapore dan Twitter Asia Pasifik.


Acara terbitan Kumpulan Media Star itu buat julung kalinya diadakan bagi mengiktiraf penggiat pelbagai industri yang aktif menerusi dunia digital.

APO2016 yang dikendalikan mStar Online dan Suria FM dengan tajaan produk kosmetik Dnars memperkenalkan 18 kategori membabitkan sembilan dalam bidang hiburan, tiga kategori sukan dan lima lagi kategori gaya hidup.

Sementara itu penaja APO2016, iaitu pengasas Dnars, Faziani Rohban mengucapkan syabas dan tahniah kepada mStar Online dan Suria FM di atas kemenangan ini.

"Walaupun saya hanya penaja tetapi kemenangan ini membawa makna yang besar kepada saya dan Dnars kerana apabila orang sebut APO orang akan ingat Dnars.

"Apatah lagi ini adalah kemenangan pertama APO di pentas antarabangsa di tahun pertama penganjurannya," ujarnya.

Pada November tahun lalu, mStar Online telah dipilih sebagai penerima pingat gangsa kategori Laman Web Gaya Hidup Terbaik pada Anugerah Media Digital Asia 2015 di Hong Kong.


Portal terbitan Kumpulan Media Star ini turut melakar sejarah menjadi laman web berbahasa Malaysia pertama dinobatkan sebagai yang terbaik di Asia sejak anugerah tersebut yang diperkenalkan pada 2009.

Mengenai Anugerah Spark 2016, seramai 24 juri yang terdiri daripada peneraju korporat antarabangsa dan media rantau Asia Pasifik telah menilai lebih dari 150 penyertaan yang bersaing dalam 30 kategori yang dipertandingkan.

Lima finalis disenarai pendek untuk setiap kategori.

Anugerah Spark yang dianjurkan oleh majalah Marketing Singapura adalah untuk memberi pengiktirafan kepada perkhidmatan dan produk media terbaik di rantau Asia Pasifik.

Tags / Kata Kunci: Mstar Online , Kumpulan Media Star , APO2016

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan