Anak Merdeka Bangga Lahir Seusia Kemerdekaan Negara

Diterbitkan: Khamis, 18 Ogos 2016 2:02 PM


Pesara guru Noordin Mokhtadi, antara yang dilahirkan pada 31 Ogos 1957, menetap di Taman Desa Aman, Jalan Hutan Melintang menunjukkan koleksi 'keratan akhbar Merdeka' miliknya.

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Dilahirkan pada tarikh 31 Ogos dan digelar anak merdeka pastinya membanggakan, namun lebih istimewa jika dilahirkan pada tahun sama laungan merdeka dibuat Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj iaitu pada 1957.

Berdasarkan rekod, terdapat sekurang-kurangnya 12 anak merdeka yang dilahirkan pada 31 Ogos 1957 di daerah Hilir Perak.

Antara yang sempat ditemui Bernama adalah Noordin Mokhtadi, seorang pesara guru yang bangga dan bertuah kerana setiap kali bulan Ogos, beliau dapat meraikan dua hari istimewa serentak bersama lebih 30 juta rakyat Malaysia. 

Beliau yang dilahirkan pada pukul 10 pagi di Chenderong Balai, kira-kira 16 kilometer dari sini berkata hanya menyedari keistimewaan menjadi anak merdeka semasa usia meningkat dewasa. 

"Saya mengetahui dilahirkan pada hari kemerdekaan sewaktu berumur 10 tahun.

Masa kecil-kecil dulu tidak peduli sangat 'keistimewaan' itu sehinggalah bila dewasa rakan-rakan mengusik," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Desa Aman, Jalan Hutan Melintang dekat sini baru-baru ini.

Bekas penolong kanan Sekolah Kebangsaan (SK) Tapak Semenang dekat sini itu berkata disebabkan teruja mendengar laungan merdeka setiap 31 Ogos, beliau nekad menyertai Pasukan Polis Sukarelawan sekitar tahun 80-an hingga tahun 2000.

"Disebabkan saya berasa bangga dengan tarikh kelahiran, saya juga sering menyertai perbarisan Hari Kebangsaan yang diadakan di Teluk Intan," kata bapa kepada 10 anak dan empat cucu itu.

Menurut anak kedua daripada lima beradik itu, sambutan sebagai anak merdeka yang tidak akan dilupakan sepanjang hayat adalah semasa sambutan Hari Kebangsaan ke-50 pada tahun 2007 apabila diraikan bersama 50 yang lain di Menara Kuala Lumpur. 

"Saya dihubungi Kementerian Penerangan (kini Kementerian Komunikasi dan Multimedia) untuk pergi ke Kuala Lumpur bagi menghadiri satu program, tetapi tidak menyangka kami dirai dan dilayan macam anak Raja.

"Kami berpeluang beramah mesra dengan Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun) serta menteri-menteri Kabinet selain mendapat sepersalinan lengkap," katanya.

Tambah Noordin, majlis itu turut dimasukkan dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai sambutan hari jadi teramai anak merdeka, manakala biografi semua yang diraikan diabadikan dalam buku Warisan Anak-anak Merdeka.

Bagi Rosnani Maseh dari Kampung Parit 11, Batu 16, Hutan Melintang pula beliau akan menangis setiap kali mendengar laungan merdeka walaupun hanya menerusi televisyen atau radio.

Lahir kira-kira pukul 10 pagi pada 31 Ogos 1957 di Kampung Sungai Lang, Parit Baru di Sabak Bernam, Selangor, anak kelima daripada sembilan adik beradik itu menyedari dirinya seorang yang istimewa semasa berumur 11 tahun.

"Perasaannya seronok, bertuah semestinya ada. Jarang orang lain dapat merasa seperti mana yang saya rasakan," katanya yang lebih mesra dengan panggilan Wak Ani dalam kalangan rakan serta penduduk kampung. 

Ibu kepada tiga anak dan enam cucu itu pernah memegang jawatan Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO cawangan Parit 11 tetapi kini sibuk membantu menantu mengusahakan bakeri berhampiran rumahnya. 

Sebagai seorang yang seusia dengan kemerdekaan negara, Rosnani sering berpesan kepada anak-anaknya supaya menghargai apa yang dinikmati sekarang selain menyumbang kepada kemajuan Malaysia.

"Alhamdulillah, anak-anak saya dapat melanjutkan pengajian ke peringkat universiti dan kini berjaya dalam kehidupan bersama keluarga, mudah-mudahan mereka dapat menabur jasa kepada negara" katanya. -- Bernama

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan