Anak Daim Zainuddin Diisytihar Muflis

Diterbitkan: Khamis, 18 Ogos 2016 12:28 PM

Md Wira Dani Abdul Daim

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Anak bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin diisytiharkan muflis minggu lalu berhubung hutangnya sekitar $1.65 juta (RM4.9 juta) dengan Maybank Kim Eng Securities.

Md Wira Dani Abdul Daim telah meletak jawatan sebagai pengarah bukan bebas dan bukan eksekutif LionGold Corp, demikian menurut satu kenyataan yang difailkan kepada Bursa Singapura.

Ia juga menunjukkan bahawa beliau berhasrat untuk menyelesaikan urusan peribadi berikutan perintah muflis oleh mahkamah dan beliau bercadang untuk menyelesaikannya dalam tempoh 30 hari.

Wira Dani, 37, juga telah berhenti menjadi ​​Pengerusi Eksekutif ISR Capital sejak Isnin lalu.

ISR adalah sebuah firma pelaburan dan penasihat pelaburan yang memberi tumpuan kepada ruang sumber semula jadi, demikian menurut laman webnya.

Maybank memperoleh penghakiman Mahkamah Tinggi terhadap Wira Dani pada Mac untuk menuntut hutang sebanyak $2.459 juta (RM7.3 juta) yang dimilikinya.

Wira Dani dikatakan membuat pinjaman bagi angka berkenaan untuk membeli saham LionGold.

Saham LionGold serta Blumont Group dan Asiasons Capital menjunam pada Oktober 2013 hingga mengurangkan sekitar $6.9 juta (RM20.55 juta) daripada nilai pasaran mereka dalam masa tiga hari, demikian menurut laporan media.

Selain itu ia membawa kepada siasatan rasmi mengenai dakwaan penyelewengan dan tindakan undang-undang telah difailkan oleh pelbagai pihak walaupun ketiga-tiga syarikat terbabit berkata mereka tidak tahu sebab kejatuhannya.

LionGold yang berurusan dengan sumber perlombongan emas mempunyai $26.9 juta (RM80 juta) nilai pasaran pada Jun tahun lepas berbanding dengan $1.59 juta (RM4.73 juta) di kemuncaknya pada Ogos 2013.

Wira Dani telah bersetuju untuk membayar kepada bank secara ansuran tetapi pada Ogos 2014 beliau hanya membayar sejumlah $100,000.

Maybank pada April menerima tawaran daripada peguam Wira Dani, Woo Tchi Chu untuk menyelesaikan hutang dengan $1 juta akan dibayar dalam dua tahap bagi tempoh sebulan dan selebihnya pada akhir Jun.

Peguam Maybank sebelum ini berkata pengisytiharan muflis adalah satu pilihan terbaik sekiranya berlaku keingkaran oleh Wira Dani.

Menurut Maybank pihaknya menerima hanya kira-kira $835,950 (RM2.4 juta) iaitu kekurangan sebanyak $1,650,642 (RM4.9 juta) hingga mencetuskan tindakan muflis. -Berita Harian / Asia News Network

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan