Perangi Propaganda IS Secara Dalam Talian

Diterbitkan: Rabu, 17 Ogos 2016 11:27 AM

(Ubah saiz teks)

SEKEPING gambar kanak-kanak lelaki dengan mulutnya dipenuhi darah sambil memegang tulang tangan didakwa milik ibunya dengan kapsyen "Sekeping gambar realiti dari Aleppo Syria. Seorang kanak-kanak terselamat dari pengeboman tentera Bashar Assad di rumahnya."

Gambar itu muncul dalam laman web berita sebuah kumpulan radikal, berjaya menyentuh perasaan orang ramai, salah satu kaedah militan IS untuk merekrut ahlinya.

Realitinya, kanak-kanak lelaki dalam gambar tersebut bukan berasal dari Syria tetapi dari Amerika Syarikat yang mulutnya disolek dengan warna merah dan membawa tangan palsu untuk sambutan Halloween.

"Kami menjumpai gambar tersebut dari sebuah artikel AS bertajuk “The 20 best Halloween Kid Costume ideas for 2014,” kata aktivis IS, Syafik Alielha.

Manipulasi gambar dan berita itu memaksa pertubuhan Islam terbesar di Indonesia, Nahdlatul Ulama (NU) untuk menjelaskan perkara sebenar.

"Pada mulanya kami senyap demi menjaga keamanan. Namun selepas itu, kami sudah tidak tahan lagi.

"Pengikut IS dan beberapa kumpulan militan lain amat agresif, menjengkelkan dan menyakitkan hati. Mereka tidak boleh menerima perbezaan pendapat dan tidak bertoleransi.

"Mereka memanipulasi fakta, memutar belit berita.  Kami tidak suka cara mereka membawa masuk konflik Syria ke Indonesia," kata cyber trooper anti ISIS dari NU.

IS menyebarkan ideologi mereka menerusi Facebook, Twitter, Youtube dan kelas agama di Indonesia.

Propaganda mereka berjaya mempengaruhi kira-kira 500 warga Indonesia untuk menyertai kumpulan militan di Syria dan Iraq.

Cyber trooper NU berada di seluruh Indonesia dengan kira-kira 150 daripadanya merupakan aktivis tegar.

Mereka memantau penerbitan IS, Dabiq selain media sosial bagi pelampau propaganda 24 jam sehari.

"Kebanyakan pengikut NU yang melawan balas mesej IS menerusi Twitter, Facebook adalah anak-anak muda yang berpengetahuan baik mengenai Islam," kata Syafik.

Syafik turut menubuhkan dua laman web berita, NU Online dan Islami.co, di mana tafsiran Islam ditulis golongan ulama dimuat naik.

Cyber trooper NU merupakan sukarelawan yang membiayai aktiviti persatuan dengan dana sendiri.


Tags / Kata Kunci: propaganda IS , cyber trooper NU

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan