Mural Merdeka Abadikan Potret Tunku Abdul Rahman

Diterbitkan: Rabu, 17 Ogos 2016 9:48 AM

Iskandar menunjukkan lukisan mural yang dihasilkannya di Taman Saujana, Johor Baru.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman yang juga Perdana Menteri pertama negara amat sinonim dengan tarikh 31 Ogos.

Namun bagi pelukis Iskandar Noor Rahim, ia masih satu cabaran untuk menampilkan wajah beliau menerusi lukisan mural pada dinding di sepanjang Jalan Saujana 1/9, Taman Saujana di sini.

Iskandar atau lebih dikenali sebagai Akeem berkata beliau menerima galakan daripada rakan dan juga jiran untuk melukis potret wajah Tunku Abdul Rahman sempena Hari Kebangsaan.

"Saya telah melakukan penyelidikan dan mendapat ilham daripada Tunku Abdul Rahman sebagai salah seorang pengasas dan segera melukis beberapa lakaran.

"Walaupun saya pakar dalam lukisan potret dan karakter, melukis wajahnya amat mencabar.

"Saya perlu melukis wajahnya dengan tepat supaya sesiapa sahaja yang melalui jalan itu boleh mengenalinya dengan serta merta," katanya dalam satu temubual pada Selasa.

Selain potret, Iskandar menggunakan 15 warna berlainan untuk corak lingkaran pada lakaran nombor 59.

Pelukis berusia 36 tahun itu mengambil masa selama 10 jam untuk menyiapkan lukisan mural yang dimulakan sejak malam Khamis lalu.

Iskandar antara 10 pelukis yang melukis sempena kempen Merdeka #tanahairku oleh Petronas di Jalan Dhoby di sini tahun lalu berkata beliau mewarisi bakat bapanya.

"Namun bapa saya hanya melukis sebagai hobi dan bukan untuk pendapatan," kata anak kedua daripada tiga beradik ini yang menunjukkan minat terhadap seni ketika berusia lima tahun.


iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan