Lebuhraya Sungai Besi Sesak Teruk - Berita Semasa | mStar

Lebuhraya Sungai Besi Sesak Teruk

Diterbitkan: Rabu, 17 Ogos 2016 11:43 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengguna jalan raya menuju ke Kuala Lumpur pada pagi Rabu terperangkap dalam kesesakan trafik luar biasa disebabkan treler yang menghalang laluan di Jalan Istana.

Star Radio Traffic pada pukul 9.17 pagi melaporkan laluan sesak sepanjang lebih 15 kilometer dari susur keluar Universiti Putra Malaysia (UPM) di sepanjang lebuhraya KL-Seremban menuju ke pusat bandar.

Treler yang mengangkut 20 tan konkrit menghalang laluan dekat Sekolah Alice Smith menuju ke Jalan Damansara kira-kira pukul 7.50 pagi dan dalam proses untuk dialihkan setakat pukul 10 pagi.

Kejadian itu turut menyebabkan kesesakan teruk di Lebuhraya Besraya dari Pudu Ulu Park.

Pengguna jalan raya dijangka mengalami kelewatan sejam lagi di laluan itu dan dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif ke pusat bandar.
Tags / Kata Kunci: Lebuhraya Sungai Besi , kesesakan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan