Kerajaan Teliti Keperluan Robot, Dron Untuk Polis - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Rabu, 17 Ogos 2016 8:29 PM

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan akan meneliti aset moden yang diperlukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam era kepolisan moden kini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kementeriannya itu telah menerima cadangan daripada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkaitan penambahbaikan kekuatan PDRM seperti pembelian robot dan dron.

"Kita akan meneliti semua aset yang diperlukan seperti penggunaan robot dan dron dapat dilaksanakan. Namun ia tertakluk kepada kelulusan dan bajet yang diberikan Kementerian Kewangan," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Sebelum itu, Ahmad Zahid berucap menutup Persidangan Antarabangsa mengenai Strategi Lautan Biru (ICBOS) yang diadakan sempena Minggu Antarabangsa NBOS 2016 yang bermula Ahad lalu dan berakhir hari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Persidangan itu memberi tumpuan kepada kreativiti dan inovasi bagi menggubal dan melaksanakan dasar dan inisiatif nasional di samping menampilkan ucaptama, perbincangan panel oleh pemimpin-pemimpin negara, penceramah terkenal dan pakar-pakar di peringkat global dari seluruh dunia.

Semalam, sewaktu di luar acara ICBOS, Khalid berkata adalah menjadi impian mereka agar masa depan kepolisian dapat dinaik taraf dan ditingkatkan melalui teknologi moden seperti robot dan dron yang telah dibangunkan negara-negara lain.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan