MT Vier Harmoni Ditemui Di Perairan Batam Tengah Hari Tadi

Diterbitkan: Rabu, 17 Ogos 2016 5:55 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Kapal tangki minyak MT Vier Harmoni, yang dilaporkan hilang petang Selasa, ditemui di perairan Batam, Indonesia tengah hari Rabu.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Maritim Datuk Seri Ahmad Puzi Ab Kahar berkata kapal itu, yang membawa muatan 900,000 liter diesel bernilai RM1.57 juta, ditemui selamat bersama anak kapalnya pada 12.30 tengah hari tadi.

"Pihak kita sudah pun dapat bercakap dengan kapten kapal dan kesemua kru yang ada dalam kapal itu selamat," katanya ketika dihubungi Bernama.

Maklumat awal dalam siaran media yang dimuat naik di laman Facebook APMM menyatakan kapal itu, yang sepatutnya berada di sekitar perairan Kuantan, dilaporkan hilang pada 5 petang semalam.

Ahmad Puzi berkata pihaknya menerima laporan kehilangan kapal itu awal pagi tadi sebelum memulakan gerakan mencari dan menyelamat.

Siasatan awal mendapati kejadian itu tiada kaitan dengan isu rampasan sebaliknya kapal itu dilarikan atas faktor masalah dalaman iaitu di antara penyewa kapal dan anak kapal.

"Setakat ini, saya tidak boleh memberikan sebarang maklumat lanjut kerana siasatan terperinci masih dijalankan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan