Cuaca Panas, Pembakaran Terbuka Punca Jerebu Kembali Landa Negara

Diterbitkan: Rabu, 17 Ogos 2016 2:21 PM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Keadaan cuaca panas kering dan tiupan angin dari arah barat daya ditambah pula dengan pembakaran terbuka menyebabkan negara ini kembali dilanda jerebu.

Antara kawasan yang terjejas membabitkan beberapa bahagian terutamanya di kawasan tengah Semenanjung Malaysia termasuk Lembah Klang, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Datuk Seri Madius Tangau.

Beliau berkata keadaan ini juga disebabkan negara sedang mengalami fasa Monsun Barat Daya yang telah bermula sejak minggu ketiga Mei lalu dan ianya dijangka berterusan sehingga pertengahan bulan depan.

"Semasa fasa itu, keadaan atmosfera di negara secara amnya adalah lebih kering (kurang aktiviti perolakan).

"Oleh itu, keadaan cuaca ketika fasa ini adalah kurang hujan berbanding musim-musim lain," kata Tangau.

Menurut Tangau, dalam cuaca kering ini,  fenomena jerebu juga boleh berlaku disebabkan oleh aktiviti pembakaran tempatan dan jerebu rentas sempadan dari negara jiran.

Namun, hujan di satu dua tempat pada sebelah petang dijangka berlaku di seluruh negara sehingga hujung minggu ini.

"Tiupan angin dari arah barat daya juga dijangka berterusan sehingga akhir minggu ini.

"Dengan keadaan sebegini dan sekiranya jerebu rentas sempadan berterusan atau terdapat aktiviti pembakaran tempatan, keadaan cuaca yang berjerebu masih boleh berlaku di negara," katanya.
Tags / Kata Kunci: jerebu , cuaca panas kering

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan