Isu Pewartaan Little India Klang Tidak Timbul - Exco Selangor

Diterbitkan: Rabu, 17 Ogos 2016 12:01 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Isu mewartakan kawasan perniagaan di Jalan Tengku Kelana, Klang sebagai 'Little India' tidak timbul kerana kerajaan  Selangor ingin menjadikan kawasan itu tempat untuk semua rakyat Malaysia, kata anggota exco Selangor Elizabeth Wong.

Elizabeth, yang bertanggungjawab bagi portfolio pelancongan, menegaskan bahawa kerajaan negeri akan hanya mewartakan bangunan atau struktur untuk tujuan sejarah dan melindungi warisan, di samping mengezonkan kawasan perniagaan dan kawasan hijau.

"Kami (kerajaan negeri) tidak mewartakan nama. Tidak ada tindakan dikenali sebagai mewartakan nama. Oleh itu, isu berkenaan (mewartakan Jalan Tengku Kelana, Klang) tidak timbul," katanya kepada Bernama.

Sebelum itu, Elizabeth menghadiri Istiadat Pengurniaan Pingat-pingat Negeri Selangor bagi penerima-penerima daerah Petaling dan Klang oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena ulang tahun hari keputeraan baginda ke-70, di Bangunan Setiausaha Kerajaan negeri di sini pada Selasa.

Pada istiadat itu, baginda berkenan menyampaikan pingat kepada 26 penerima Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T), 31 penerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang Selangor (P.P.C), 123 penerima Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) dan 14 penerima Pingat Perkhidmatan Selangor (P.P.S).

Elizabeth mengulas kenyataan pengerusi Persatuan Usahawan Little India, Klang, N. P. Raman, bahawa kawasan 'Little India' itu perlu diberi taraf rasmi di peringkat negeri untuk merancakkan aktiviti pelancongan dan memulihara warisan sejarah di kawasan sekitarnya.

Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam juga berkata keputusan kerajaan Selangor baru-baru ini, melalui Majlis Perbandaran Klang untuk tidak membenarkan tempat itu diwartakan demikian, dilihat sebagai tindakan 'sengaja' untuk menutup periuk nasi peniaga masyarakat India.

Elizabeth berkata kerajaan Selangor mahu menjadikan Little India Klang itu sebagai kawasan untuk semua rakyat Malaysia dan memperkenalkan inisiatif dikenali sebagai kawasan pejalan kaki warisan setiap hujung minggu untuk menggalakkan anak muda mempelajari tentang sejarah Klang, termasuk membawa mereka ke pelbagai tempat bersejarah menarik di Bandar Diraja Klang.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan