Lim Guan Eng Boleh Pecat Saya Jika Mahu - Dr Lim Mah Hui

Diterbitkan: Rabu, 17 Ogos 2016 8:37 PM

Dr Lim Mah Hui

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Anggota Majlis Bandaraya Pulau Pinang Dr Lim Mah Hui tidak kisah jika beliau dipecat Ketua Menteri Lim Guan Eng daripada jawatannya kerana menyuarakan pandangan, terutama berkaitan zon warisan.

Pada sidang akhbar Penang Forum di sini Rabu, anggota majlis dilanda kontroversi itu berkata beliau sedar, kedudukannya dalam kerajaan negeri dipertikaikan apabila beliau menghantar sepucuk surat kepada Unesco mengenai bahaya yang dihadapi zon warisan berhubung pelaksanaan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).


"Saya bukan hendak bermain politik dan saya berpegang teguh dengan prinsip saya...Saya tahu saya berdepan dengan risiko akan hilang jawatan kerana menyuarakan pendapat saya dan ketua menteri boleh memecat saya jika beliau mahu," katanya.

Mah Hui, yang turut menganggotai Penang Institute, mendakwa ketua eksekutif kumpulan pemikir negeri, merangkap Anggota Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, mendakwa beliau mempunyai agenda tersembunyi apabila terus menyerang kerajaan negeri pimpinan DAP.

"Saya di sini sebagai anggota majlis untuk menyuarakan kebimbangan rakyat Pulau Pinang dan walaupun dipanggil dengan nama yang bersifat menghina, saya percaya kebenaran akan terserlah jua suatu hari nanti," katanya.

Mah Hui menjadi sasaran serangan selepas beliau menghantar sepucuk surat bagi pihak Penang Forum kepada ibu pejabat Unesco di Paris pada 23 Jun untuk memohon penilaian kesan dibuat terhadap pelaksanaan PTMP.


Ada pihak mendakwa beliau tidak mengikut saluran sewajarnya seperti George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) dan Jabatan Warisan Negara untuk menyuarakan kebimbangan kumpulan sivil itu.

Penang Forum menjelaskan bahawa mereka tidak perlu memaklumkan kepada GTWHI atau jabatan itu tentang surat berkenaan kerana laman sesawang GTWHI menyebut bahawa setiap warga yang prihatin boleh menulis secara terus kepada ibu pejabat Unesco sekiranya berpendapat kawasan warisan menghadapi ancaman.


Sebelum ini, GTWHI, melalui Pengurus Besarnya Dr Ang Ming Chee, menyuarakan kekesalannya kerana Penang Forum tidak menunjukkan sikap hormat apabila tidak menyampaikan surat berkenaan kepadanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan