Berbilion Ringgit Dijimatkan Menerusi NBOS - PM

Diterbitkan: Selasa, 16 Ogos 2016 12:08 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi ucapan pada Persidangan Antarabangsa Strategi Lautan Biru di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Selasa. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia berjaya menjimatkan berbilion ringgit menerusi pelbagai inisiatif yang dilaksanakan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) sejak 2009, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pusat Transformasi Bandar (UTC), antara kejayaan NBOS, membantu kerajaan menjimatkan RM1.5 bilion dengan mengubah suai dan menyusun semula bangunan sedia ada yang kurang dimanfaatkan pada kos serendah mungkin, katanya.

"Kerajaan menyediakan perkhidmatan baharu dan perlu untuk rakyat, dan menjimatkan wang. Malah, dengan tidak membina dari mula, kita menyelamatkan  RM100 juta bagi setiap UTC," katanya dalam ucapan pada Persidangan Antarabangsa Strategi Lautan Biru di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini Selasa.

UTC ialah pusat sehenti yang dibuka di seluruh Malaysia yang menyediakan pelbagai perkhidmatan di bawah satu bumbung dari 8 pagi hingga 10 malam, tujuh hari seminggu.

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata 35.3 juta pengunjung memanfaatkan  UTC antara Jun 2012 dan Julai 2016.

Selain UTC, beliau berkata penugasan semula kira-kira 7,400 anggota polis  di barisan hadapan keselamatan negara daripada tugasan di pejabat, turut menjimatkan sebahagian besar wang kerajaan.

"Menerusi penugasan semula, dan tidak mengambil anggota baharu, latihan dan membayar gaji pegawai baharu, kerajaan menyelamatkan RM1.3 bilion.

"Jika tidak, kerajaan perlu berbelanja, manakala tugasan pejabat diisi oleh  penjawat awam dari jabatan lain, yang memerlukan penyelarasan dilakukan," katanya.

Najib juga berkata latihan bersama dan kerjasama antara polis dan angkatan tentera menerusi inisiatif NBOS, memberi manfaat besar terhadap keselamatan negara.

Beliau berkata usaha sama polis-tentera yang berkongsi kemudahan latihan turut menjimatkan RM700 juta wang kerajaan, dengan tidak perlu membina pusat-pusat latihan polis yang baharu.

"Hakikatnya, kita nampak prinsip Strategi Lautan Biru Kebangsaan memberi impak yang tinggi pada kos rendah dan pelaksanaan tindakan yang pantas," katanya.
Tags / Kata Kunci: NBOS , UTC , Datuk Seri Najib Tun Razak

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan