Pembantu Rumah Muslim Untuk Keluarga Muslim Hanya Garis Panduan Umum

Diterbitkan: Selasa, 16 Ogos 2016 8:27 AM

Datuk Seri Mustafar Ali

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali menjelaskan bahawa arahan 'menghalang' umat Islam daripada mengambil pembantu rumah bukan Islam hanyalah satu garis panduan umum.

Mustafar, yang memegang jawatan itu pada 1 Ogos lalu selepas jawatan terakhirnya sebagai Timbalan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Pencegahan) juga berkata ia adalah Pekeliling Am semata-mata yang ditandatangani oleh seorang bekas ketua pengarah, menyatakan bahawa keluarga Islam sepatutnya menggaji pembantu rumah Muslim.

"Ini hanyalah satu garis panduan umum dengan banyak pengecualian dan pertimbangan," kata beliau dalam satu kenyataan, Isnin.

Isu itu timbul selepas agensi pembantu rumah berkata, mereka terkejut apabila mengetahui tentang arahan yang dikenakan oleh jabatan itu dan mempersoalkan rasional di sebalik langkah tersebut.

Pegawai-pegawai jabatan bagaimanapun berkata, ia bukan satu peraturan baharu.

Mustafar, yang menambah bahawa beliau tidak pernah membuat apa-apa kenyataan mengenai isu ini berkata jabatan itu akan terus memberikan bantuan dan memudahkan majikan dan pekerja seperti sebelum ini.

Beliau memberi jaminan kepada semua majikan Muslim bahawa permintaan, permohonan atau rayuan mereka akan diberi pertimbangan yang sewajarnya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan