Video Viral Dakwa VIP Malaysia Jatuh Sungai Tidak Betul

Diterbitkan: Isnin, 15 Ogos 2016 2:10 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebuah video, kononnya seorang VIP Malaysia terjatuh ke dalam sungai pada satu majlis perasmian kompaktor sampah sebenarnya adalah kejadian yang berlaku di India.

Video itu, yang telah menjadi bahan jenaka internet, dikatakan produk ciptaan Agensi Inovasi Malaysia.

Malah kapsyen video itu juga mendakwa bahawa pelancaran kompaktor itu telah dilakukan oleh seorang timbalan menteri.

Video 31 saat yang telah tersebar luas di laman Facebook dan Whatsapp itu menggunakan lagu My Heart Will Go On sebagai lagu tema dari filem Titanic 1997 sebagai muzik latar ketika kompaktor itu dilihat tenggelam.

Walau bagaimanapun, kejadian itu sebenarnya berlaku di Goa, India, dua bulan lalu, melibatkan Datuk Bandar Panaji Surendra Furtado.

Video itu sebenarnya menunjukkan kejadian sebuah mesin rumput karam, bukan jengkaut sampah seperti yang didakwa.

Insiden memalukan itu berlaku apabila mesin tersebut, yang dinaiki Surendra bersama orang lain semasa demonstrasi di St Inez Creek, terbalik kerana terlebih beban.

Datuk Bandar, bersama-sama dengan lima pegawai dan seorang wartawan telah memanjat di atas mesin itu yang direka untuk muatan dua orang.

Tidak ada yang cedera dalam kejadian itu.

Tags / Kata Kunci: VIP Malaysia , jatuh sungai

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan