UUM Sedia Bayar Bil Perubatan Pelajarnya Di Korea Selatan - Berita Semasa | mStar

UUM Sedia Bayar Bil Perubatan Pelajarnya Di Korea Selatan

Diterbitkan: Isnin, 15 Ogos 2016 1:09 PM

Mohd Arif masih menjalani pembedahan di Hospital Kangbuk Samsung, Korea Selatan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Universiti Utara Malaysia (UUM) akan membantu membiayai bil perubatan pelajarnya yang tenat selepas radang apendiksnya pecah ketika sedang mengikuti forum belia di Korea Selatan.

Jurucakap universiti berkata UUM akan menyelesaikan bil perubatan Mohd Arif Gamar, 21, dengan bantuan Kedutaan Malaysia di Korea Selatan.

"Sehingga hari ini, pelajar berkenaan masih dirawat di hospital.

"Oleh itu, hospital masih belum dapat mengeluarkan satu bil perubatan rasmi untuk pelajar itu," kata jurucakap itu dalam satu kenyataan, Isnin.

Universiti itu juga berikrar bahawa pelajar itu akan dijaga dengan baik sehingga selamat kembali ke Malaysia.

"Kebajikannya adalah keutamaan kami," kata jurucakap itu, sambil menambah pihak universiti sentiasa berhubung dengan pelajar berkenaan dan memberi kemas kini kepada ibu bapanya.

Mohd Arif antara salah seorang daripada lima pelajar dari Malaysia yang ditaja untuk mewakili negara pada Forum Belia Antarbangsa Kelima mengenai Sejarah Perdamaian di Seoul.

Forum lima hari itu dianjurkan Suruhanjaya Kebangsaan Korea untuk Unesco dan diadakan di Universiti Hanyang minggu lalu.

Walau bagaimanapun, pada 8 Ogos, semasa sesi ice-breaking pada awal forum itu, Mohd Arif mengadu sakit perut yang teramat.

Kesakitan itu disebabkan radang apendiksnya pecah dan beliau perlu menjalani pembedahan dengan segera di Hospital Kangbuk Samsung kerana keadaan itu boleh mengancam nyawanya.

Pelajar dari Sabah itu kemudiannya mendapati beliau perlu membayar bil perubatan sebanyak RM37,000.
Tags / Kata Kunci: UUM , apendiks pecah , bil perubatan
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan