Peguam: Saman Sivil DOJ Konspirasi Pembohongan Untuk Serang Kerajaan

Diterbitkan: Isnin, 15 Ogos 2016 9:51 PM

Quintin Rozario. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat untuk menyita aset yang diperolehi melalui dana yang didakwa diselewengkan dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan konspirasi pembohongan untuk menyerang kerajaan Malaysia, kata seorang peguam litigasi.

Peguam kelahiran Malaysia, Quintin G Rozario, yang berpusat di Brisbane, Australia, juga menuduh Peguam Negara Amerika Syarikat Loretta Lynch membuli kerajaan.

"Ini membuli, apa yang dia (Lynch) lakukan adalah membuli. Saya menyatakan bahawa ini adalah konspirasi pembohongan untuk menyerang negara," kata beliau dalam perbincangan meja bulat mengenai saman itu di sebuah hotel di sini, Isnin.

Beliau berkata, jika DoJ mahu menyita aset, ada peruntukan undang-undang untuk berbuat demikian di Amerika Syarikat, dan beliau tidak sepatutnya membuat dakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan.

Rozario berkata, tiada bukti mengenai salah guna dana 1MDB seperti didakwa dalam saman yang difailkan baru-baru ini. "Mereka hanya membuat kenyataan secara berani. Tiada bukti. Mereka telah menyerang orang tertentu dan membuat dakwaan tanpa menyemak fakta."

Rozario, yang berkata beliau menghadiri perbincangan itu secara sukarela dan tidak dibayar, mencabar DoJ untuk membuktikan dakwaannya dengan mengemukakan bukti. 

"Saya sentiasa berpegang kepada pendapat bahawa sesiapa yang membuat tuduhan atau dakwaan, sama ada di sini atau di Australia, lebih baik mendapatkan bukti, atau bukti yang boleh diterima, bukan sekadar cakap-cakap di kedai kopi. Anda perlu membuktikannya kerana jika tidak anda memfitnah orang yang anda sebut," katanya.

Beliau berkata, tiada siapa berhak untuk mencampuri hal ehwal sesebuah negara, dan semua perlu menghormati kedaulatannya. 

Yang turut menyertai perbincangan itu ialah Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, penasihat khas kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu, dan peguambela dan peguamcara Noorhajran Mohd Noor. - Bernama

Tags / Kata Kunci: DOJ , 1MDB , Quintin Rozario

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan