Zahid: M'sia Sasar Capai Status Tahap 1 Dalam Laporan Pemerdagangan Orang

Diterbitkan: Isnin, 15 Ogos 2016 7:17 PM

Ahmad Zahid Hamidi.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia yakin akan mencapai status Tahap 1 dalam Laporan Pemerdagangan Orang 2020, Jabatan Negara Amerika Syarikat, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin.

Beliau berkata, sasaran itu mampu dicapai melalui pelaksanaan Pelan Tindakan Kebangsaan AntiPemerdagangan Orang (2016-2020), membabitkan kerjasama pelbagai kementerian, jabatan dan agensi memerangi jenayah terbabit.

Beliau berkata, ia juga mampu dicapai berdasarkan komitmen dan usahasama bersepadu jentera penguatkuasaan, perundangan, perlindungan serta publisiti baharu bagi tempoh lima tahun. 

"Kita akan dapat memerangi jenayah ini sekaligus meningkatkan imej dan integriti negara serta meletakkan Malaysia di persada dunia setaraf dengan negara-negara Tahap 1 yang lain di mana majoritinya merupakan negara-negara maju," katanya.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata demikian ketika berucap melancarkan Pelan Tindakan Kebangsaan AntiPermerdagangan Orang 2016-2020 di sini, yang merupakan kesinambungan kepada Pelan Tindakan yang dilancarkan pada 30 Mac 2010.

Kini, Malaysia berada pada Tahap Dua Pemerhatian bagi tahun 2016 dalam laporan tahunan yang dikeluarkan oleh jabatan itu. Laporan berkenaan menilai 188 negara termasuk Malaysia merangkumi aspek pencegahan, pendakwaan dan perlindungan.

Menurut Ahmad Zahid, pelan tindakan itu merupakan fasa kedua daripada pelan 2010-2015 bagi memastikan Malaysia berusaha mencapai Tahap Satu dalam senarai kebolehpercayaan agar tidak ada jenayah pemerdagangan orang berlaku di negara ini.

"Walaupun Malaysia akan berusaha bersungguh-sungguh menentukan tiada jenayah pemerdagangan orang berlaku di negara ini, akan terdapat sindiket antarabangsa yang membawa mereka (mangsa) ke negara ini," katanya.

Ahmad Zahid berkata, usaha yang dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan pihak berkuasa lain harus dilihat sebagai tindakan proaktif Malaysia yang sentiasa komited dengan komuniti antarbangsa dalam memerangi jenayah ini.

"Namun, apabila 'tiang gol' ditukar dan dipindahkan ini, sesuatu yang tidak adil berlaku yang mana ada negara yang menjadi punca jenayah pemerdagangan orang, mendapat kedudukan lebih baik daripada Malaysia.

"Kita melibatkan pelbagai kementerian, jabatan dan agensi serta harus buktikan keseriusan ini dalam bentuk kerjabaik yang dilakukan," katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada badan-badan bukan kerajaan yang telah membantu dan memberi perlindungan kepada mangsa pemerdagangan orang di negara ini.

Mengenai Pelan Tindakan 2016-2020, Ahmad Zahid berkata, ia merupakan pelan komprehensif yang akan menjadi landasan penguatkuasaan yang lebih terancang dan mantap.

Katanya, pelan itu juga mengambil kira transformasi perundangan di Malaysia yang mengutamakan kebajikan dan perlindungan mangsa pemerdagangan orang selaras dengan amalan terbaik antarabangsa.

"Pelan ini akan menjadi rujukan dan panduan asas kepada kementerian, agensi-agensi kerajaan termasuk NGO yang terlibat dengan usaha antipemerdagangan orang dalam merancang strategi dan insiatif pengkuatkuasaan," katanya. - Bernama



iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan